Ingatan bagi pelupa: Kisah burung bantu padam api wajar jadi
iktibar
DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu
bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air
berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam
dengan air yang kau siramkan itu.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan
menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan
menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya
hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).
Adakah anda seperti si burung kecil atau seekor cicak?
Renung-renungkan!
Adakah anda seperti si burung kecil atau seekor cicak?
Renung-renungkan!
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.