Mohon klik iklan 1X yer

30 March 2014

MH370: Objek ditemui lima pesawat

PERTH: Lima pesawat berjaya menemui beberapa objek pelbagai warna semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS), di Lautan Hindi, hari ini.



Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) menemui beberapa objek berwarna putih atau terang serta boyan perikanan.

Pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) juga melaporkan menemui dua objek segi empat tepat berwarna biru atau kelabu yang terapung.
Sementara itu, pesawat RAAF P3 Orion kedua juga menemui beberapa objek pelbagai warna di kawasan yang terletak kira-kira 546 kilometer dari lokasi penemuan pertama, kata AMSA.

Imej objek yang dirakam akan dianalisis malam ini, tambah AMSA.

Namun, objek berkenaan belum dapat disahkan sebagai serpihan pesawat sehingga ia dapat dikesan semula oleh kapal, katanya.

AMSA telah meminta kapal China Haizum O1 untuk menemui semula objek berkenaan. Kapal itu dijangka berada di kawasan itu, esok.

Sebanyak 10 pesawat mengambil bahagian dalam operasi yang merangkumi kawasan seluas 256,000 kilometer persegi, hari ini.

Kawasan operasi telah berubah ke utara lokasi sebelum ini berdasarkan analisis terbaru oleh penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Operasi pencarian akan diteruskan esok.

sumber

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.