Mohon klik iklan 1X yer

19 December 2013

18sx: Lelaki Myanmar cabul remaja

BATU GAJAH: Seorang lelaki warga Myanmar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi atas dakwaan mencabul seorang ramaja perempuan pada Ahad lalu. 
Gambar Hiasan

Tertuduh Mohamad Jasim Nurul Hakim, 27, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di dapur Dewan Ballroom Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort, di sini pada kira-kira jam 5 petang hujung minggu lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh mendakwa memahami serba sedikit Bahasa Melayu dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan. 


Majistret Soleha Noratikah Ismail, kemudian menetapkan 24 Januari tahun depan tarikh sebutan semula kes serta mengarahkan mahkamah menyediakan jurubahasa kerana tertuduh tidak fasih berbahasa Melayu.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.



3 comments:

  1. Denda dan sebat, lepas tu kick him back to his country immediately

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat dia sahaja yang kena, itu tak adil. Elok kalau mereka yang membawa si dia dan PATI- PATI yang lain masuk ke Negara ini juga perlu di kenakan tindakan, itu baru adil.

      Delete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.