Oleh: Khairil Abdul Rahim
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pada ketika ini sedang hangat diperkatakan di tanah-tanah rancangan ada pihak yang datang menawarkan bayaran pajakan sebanyak RM3,000 sebulan.
Katanya, berdasarkan aduan yang diterimanya ada juga yang menawarkan bayaran sekali gus sekitar RM150,000 dan mereka mula bergerak di tanah-tanah rancangan sejurus berakhir pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
“Apa yang mengejutkan saya ialah ada yang mengaitkan tawaran yang sama dibuat melalui pejabat-pejabat Felda. Jadi kita minta Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan atau Pengurus Besarnya Datuk Faizol memberikan penjelasan.
“Pada masa ini 90% daripada kebun-kebun peneroka sudah diserah dan diusahakan oleh Felda. Hanya sekitar 10% sahaja peneroka yang mengusahakannya sendiri. Jadi jika ada kaitan dengan Felda apa perlunya dipajak pula sehingga 30 tahun?” soal Mazlan.
Tambahnya lagi, apakah muslihat ini kerana kecairan tunai Felda telah berkurangan sehingga mahu dipajak pula tanah peneroka untuk dijadikan cagaran kepada institusi kewangan.
Sekarang ini tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar sudahpun dipajak kepada Felda Global Ventures Holding selama 99 tahun.
“Bagi saya, jika betul ada usaha memajak tanah peneroka seluas 600,000 hektar ini ia satu pengkhianatan besar kepada orang Melayu. Tidak mustahil itu cubaan untuk menggadaikan tanah ladang peneroka kerana nasib malang yang sama telahpun menimpa peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan dan Labu Johnson.
“Bayangkan, Felda-Felda itu sudah ada perjanjian hitam-putihpun peneroka masih tidak dapat duit yang dijanjikan kerana ditipu. Apa jaminannya selama 30 tahun pajakan sedangkan harga komoditi selalu turun naik.
“Oleh itu nasihat saya kepada peneroka berhati-hatilah jika ada yang datang memujuk minta pajak ladang, laporkan saja kepada polis,” tegasnya.
Kepada Blogger-Blogger dan rakan-rakan...
ReplyDeleteSumbangan Anda diperlukan walaupun sedikit.
Mohon bantuan blogger-blogger dan semua rakan-rakan yang lain utk sama-sama mempromosi Rumah Permata Kasih. Rumah Permata Kasih adalah Pusat Kebajikan dan Pendidikan yang menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf,.. Moga-moga Tuhan balas diatas kebaikan tuan/puan semua.
Layari : http://rumahpermatakasih.blogspot.com