Mohon klik iklan 1X yer

16 June 2013

UMNO-BN Johan Raja Lawak

Penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kenyataannya bahawa 'haram menjatuhkan kerajaan Islam' yang dijadikan bahan kempen di Kelantan bukan kenyataan peribadi malah ianya sebahagian daripada ajaran Islam. 

Katanya, tindakan BN mengemukakan petisyen dengan mengaitkan kenyataannya itu sebagai punca kekalahan mereka di Kelantan adalah tindakan 'kelakar'.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (bahawa) haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jawapan itu sebagai mengulas tindakan BN Kelantan yang memfaikan petisyen yang mengaitkan kenyataannya itu yang diguna semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 di Kelantan baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Azhar juga dipetik berkata, kenyataannya itu dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

"Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. 

"(Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.