Mohon klik iklan 1X yer

12 May 2013

PAS terus mengorak langkah

Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu. 

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam.

“Tok Guru tetap memberi kekuatan tapi bila beliau tiada, benih Islam yang ditanam terus subur dan berkembang,” katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.
Mohd Amar bagaimanapun mengakui Pas tetap menghadapi cabaran, selepas Nik abdul Aziz berundur tapi percaya ia tidak sampai menjejaskan perjuangan dan sokongan.

“Penyokong Pas ditarbiyah dengan baik, kita lihat bagaimana Datuk Asri meninggalkan Pas dahulu tapi Pas tak mati juga.

“Apa yang penting ialah kita semua komited menyokong perjuangan parti, tidak berpecah dan saling bersandar antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, penyokong perlu memberi fokus kepada usaha mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN pada pilihan raya umum seterusnya.

“Kita bersyukur kerana menang dan menang bagi kita bukan meraih kerusi semata-mata, namun berjuang menegakkan Islam itu sendiri merupakan kemenangan cukup besar,” katanya.

1 comment:

  1. Sepintas lau nampak macam TMB lebih banyak banyak mulut dari MB. Cakaplah macam seorang ustaz.Jangan dok asyik bersandar kepada Saiyidina Omar.

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.