Mohon klik iklan 1X yer

5 May 2013

Hot: Penang dan Kelantan kekal di tangan PR.

Terkini:
Parliment: BN 45, PR41

9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058
BN - 16,192
Bebas - 137
Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.

DAP - 29,942
BN - 19,365

9.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.40pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 23,125
BN - 19,580
Bebas - 126

Undi yang dijumlahkan: 59.55%

9.38pm: Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem.

Parti itu tewas di Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP.

9.26pm: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih.

9.25pm: Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah pengundi: 106,864

9.19pm: TAK RASMI – BN rampas Kedah dari PAS.Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

Indera Kayangan merupakan salah satu daripada lima kerusi bawah kawasan parlimen Kangar, dengan 47.7% Melayu, 46.8% Cina dan 4.3% India.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.