Mohon klik iklan 1X yer

11 July 2012

Pilih Solat atau wang?

KOTA BHARU: Kakitangan sebuah bank di sini yang berehat untuk makan dan menunaikan solat diarah menolak jumlah jam kerja lebih masa (OT).

Arahan itu terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan pengurusan bank terbabit bertarikh 5 Julai lalu.

Pekeliling berkenaan menyebut “Masa yang diambil untuk makan tengahari/malam, solat dan sebagainya pada waktu kerja lebih masa hendaklah ditolak daripada jumlah jam bekerja”.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Cawangan Kelantan/Terengganu,  Mohd Azhar Yusuf berkata, tindakan tersebut amat bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Pihak NUBE amat kesal tindakan bank perdagangan tersebut, sedangkan bank di negara ini sudah berpuluh tahun wujud.

“Ini amat membimbangkan. Mungkin sekiranya tindakan bank terbabit tidak dibantah, kemungkinan bank-bank lain akan mengikutinya,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.  Turut hadir Timbalan Pengerusinya, Wan Mohd Affendi Hussin.

Sehubungan itu NUBE Kelantan membuat laporan bertulis kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK). Difahamkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemegang saham bank tersebut.

1 comment:

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.