Mohon klik iklan 1X yer

19 July 2012

Pelajar Siam Diiktiraf Sebagai Bumiputera

Masyarakat keturunan Siam menyambut baik pelaksanaan keputusan kerajaan bahawa kemasukan pelajar golongan itu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dipertimbangkan sama seperti Bumiputera lain, mulai tahun ini.

Senator Datuk Boon Som Inong berkata beliau berharap dengan keputusan itu pelajar-pelajar keturunan Siam yang memenuhi kelayakan dan syarat tidak lagi menghadapi masalah untuk melanjutkan pengajian mereka di IPTA.
Beliau berkata dalam satu kenyataan Rabu berikutan keputusan itu pelajar berkenaan layak dipertimbangkan tempat mengikuti program pengajian yang dikhususkan untuk Bumiputera di IPTA pada peringkat Asasi, diploma serta ijazah pertama.

Menurutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung memberitahu Dewan Negara semalam bahawa Jemaah Menteri pada 22 Jun lalu bersetuju bahawa kemasukan pelajar keturunan Siam ke IPTA dilaksanakan secara pentadbiran.

Ini selaras kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan masyarakat Siam di Pendang, Kedah pada 25 Februari lalu bahawa status pelajar dari masyarakat itu bagi kemasukan ke IPTA wajar dipertimbangkan sama seperti Bumiputera lain, katanya yang menjadi wakil masyarakat itu di Dewan Negara.



-- BERNAMA

3 comments:

  1. Salam Yob,
    ater udoh deme dpt keistimewaan dlm ASN/ASB, baru nak bagi keistimewaan masuk IPTA? Hmmmm bilalah nak PRU ni?
    Yob buleh tak tukor banner makanan tu dlm bulan posa nanti? Terlior ler akak!

    ReplyDelete
  2. baba & nyonya tak jadi bumiputera ka? keturunan penjajah di melaka pun diiktiraf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. takder bezanya dengan apa yg dianjurkan oleh Malayan Union di zaman british.

      Delete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.