Mohon klik iklan 1X yer

6 July 2012

Awang Adek membisu seribu bahasa

Biarpun cabaran dibuat sejak minggu lalu, namun sehingga kini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek masih membisu berhubung hubungan beliau dengan ahli peniagaan Chung Hon Cheong.

Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada  Awang Adek untuk tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan.

"Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa 3 minggu diberikan semakin berlalu.
"Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas eidulFitri," kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin.

Minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong.

Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.

Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran.

Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999.

Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.

"Itu hanya sebahagian dari dokumen lain. Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, bil - bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut," tegas Badrul.



-Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.