Pemimpin Hindraf nampaknya tidak sehaluan berhubung penglibatan
penyokong mereka dalam gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) ekoran gangguan
terhadap ceramahnya oleh sekumpulan pengacau di Shah Alam Sabtu lalu.
Manakala pemimpin umum dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar (kanan) menggesa ahlinya supaya tidak menyertai sebarang forum ABU pada masa akan datang, tetapi pengerusi kumpulan itu, P Waytha Moorthy pula mahu mereka terus menyokong ABU.
Dalam satu kenyataan hari ini, Waythamoorthy berkata, Hindraf - di konvensyen tahunannya pada 4 Disember - telah memutuskan untuk bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembangkang, dan menolak kenyataan abangnya, Uthayakumar.
"Kenyataan
terbaru yang dikeluarkan atas arahan Uthayakumar, setiausaha agung
Parti Hak Asasi Manusia mengenai penglibatan kami dengan ABU adalah
pandangan peribadi, dan kami di Hindraf menghormati pandangan beliau,
walaupun secara kolektif, kita berbeza dengan pendapat peribadinya.Manakala pemimpin umum dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar (kanan) menggesa ahlinya supaya tidak menyertai sebarang forum ABU pada masa akan datang, tetapi pengerusi kumpulan itu, P Waytha Moorthy pula mahu mereka terus menyokong ABU.
Dalam satu kenyataan hari ini, Waythamoorthy berkata, Hindraf - di konvensyen tahunannya pada 4 Disember - telah memutuskan untuk bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembangkang, dan menolak kenyataan abangnya, Uthayakumar.
"Suara Hindraf adalah campuran para penyokong akar umbi, bukan berdasarkan pada seorang individu," kata Waytha Moorthy.
Waythamoorthy (kiri) berkata demikian bagi menjawab kenyataan
yang dikeluarkan oleh ketua penerangan Hindraf, S Jayathas, yang berkata, Hindraf telah memutuskan untuk tidak menyokong ABU. Ia diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi yang dipengerusikan oleh Uthayakumar semalam.
"Hindraf tidak menyokong ABU, tetapi menyokong ABUR (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism).
Menurut
kenyataan tersebut, penyokong Hindraf di seluruh negara dinasihatkan
supaya tidak menghadiri mana-mana forum ABU yang dirancang di seluruh
negara, terutamanya selepas serangan ganas ke atas penyokong Hindraf di
Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu di mana sekurang-kurangnya seorang
penyokong Hindraf dimasukkan ke hospital, dan ramai lagi cedera.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.