IPOH : Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di
dalam merangka gerak kerja Pilihan Raya Umum ke-13 telah memperkenalkan
satu pendekatan mesra rakyat di dalam kempennya kelak.
Dalam penjenamaan kempen PAS Perak tersebut, slogan Perakite: Rakyat
Sepakat Perak Berkat bakal dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS,
Mohamad Sabu pada 20 Januari ini.
Pelancaran tersebut bakal diadakan di Mosalla Al-Ehsan Paya Purnama,
Paya Renggam, Padang Rengas yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat,
Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Negeri
Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien.
Pengarah Program Pelancaran Perakite, Mohd Misbahul Munir Masduki
berkata, pembaharuan kempen itu diperkenalkan bagi meneruskan suasana
bahang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan pelbagai program bersama rakyat
akan disusun disemua kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi oleh
PAS.
Katanya, program mesra rakyat dan kebajikan itu antara pengisian
program yang telah dirancang sehingga tarikh PRU13 nanti bahkan tema
yang dilancarkan turut dibawa oleh semua jentera parti.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.