Bila Hasan Ali dedahkan terdapat sekumpulan parasit yang wujud
didalam PAS bagi menyingkirkan perjuangan Islam beliau, ramai
pemimpin-pemimpin PAS sendiri sudah mula kepanasan. Mereka mendesak
supaya Dr Hasan Ali menampilkan bukti terhadap dakwaan tersebut.
Yang paling lantang mengecam kenyataan Hasan Ali itu ketika ini ialah
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani yang juga merupakan ADUN kawasan
Meru. Dr Rani menyifatkan Hasan Ali cuba untuk mencemarkan imej PAS dan
cuba untuk menaburkan fitnah terhadap parti PAS itu sendiri.
Dan seperti yang kita tahu.., jika ada saja kecaman atau pendedahan
yang tidak baik kena pada batang hidung PAS, maka dengan segera topeng
Islam mula digunakan. Sama juga keadaannya dengan Dr Rani, beliau
mengatakan yang Hasan Ali tak Islamik kerana membuat dakwaan tanpa
sebarang bukti, sedangkan Islam mengajar betapa perlunya untuk
membuktikan setiap tuduhan yang dibuat.
Apakah Dr Rani lupa, pemecatan Hasan Ali dari PAS sendiri sudah jauh
menyimpang dari apa yang Islam ajarkan. Mana ada pertuduhan dan
pemecatan seseorang dari jawatannya tanpa sebarang peluang pembelaan
seperti yang terjadi kepada Hasan Ali? Tapi itulah yang diamalkan
didalam PAS.
Jadi, apakah PAS itu adil dan mengamalkan politik Islam sepenuhnya?
Apakah Dr Rani bercakap tanpa menyedari bahawa Hasan Ali telah menjadi
mangsa keadaan percaturan politik jijik Pakatan dimana PAS telah menjadi
kuda tunggangan DAP serta Anwar Ibrahim?
Dan jika PAS mahu bercakap mengenai konsep dakwaan didalam Islam,
sepatutnya Hasan Ali lebih layak untuk mengajar PAS. Hasan Ali layak
untuk menerima perbicaraan yang adil dan peluang untuk mempertahankan
dirinya sebelum dipecat dari parti, bukan dibuang sesuka hati
sepertimana yang dilakukan oleh Presiden PAS Hadi Awang.
Kini, setelah Hasan Ali cuba untuk mendedahkan salahlaku yang wujud
didalam PAS, mengapa pula para pemimpin tertinggi parti Islam tersebut
mahu menghalangnya? Harus diingat, Hasan Ali bukan lagi ahli PAS setelah
beliau disingkirkan kerana mengecam salahlaku Anwar Ibrahim. Jadi Hasan
Ali tak tertakluk didalam mana-mana perundangan serta perlembagaan
parti PAS.
Kalaupun Dr Rani, Nik Aziz ataupun Hadi Awang mahu Hasan Ali menutup
mulutnya, perkara tersebut patut difikirkan sebelum Hasan Ali ditendang
keluar dari PAS. Sekarang ini, nasi sudah menjadi bubur. PAS sendiri
telah mencipta ‘musuh’ yang mampu menumbangkan parti tersebut didalam
PRU akan datang.
Sekarang ini, Dr Rani dan Nik Aziz sepatutnya memikirkan cara untuk
menangkis ‘peluru-peluru’ dari Hasan Ali, bukannya mereka membuang masa
untuk menutup ‘kemarahan’ Hasan Ali pada PAS.
Sebelum ini PAS mungkin ingat Hasan Ali tak mampu menggugat PAS.
Tetapi kini baru mereka sedar yang Hasan Ali bukannya kecil anak untuk
dipermainkan. Sendiri yang cari pasal, sendirilah tanggung akibatnya.
~mykmu
~mykmu
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.