Riuh
sekarang ni apabila Hasan Ali membiarkan dirinya dipergunakan oleh
media perdana yang dikuasai Umno. Media perdana tersebut memang
diketahui semua merupakan musuh tradisi pembangkang sejak dahulu lagi,
sejak Umno mula merasakan Malaysia mereka punya, Islam merekalah yang
memeliharanya, Melayu merekalah yang membelanya, Raja-raja merekalah
juga yang mendaulatkannya.
Hasan Ali ketika disoal samada dia akan masuk Umno dengan tegas
mengatakan tidak tetapi dia sendiri tahu yang soalan itu juga keluar
daripada lidah orang suruhan Umno. Dia masih sayangkan Pas dan berazam
mahu membersihkan Pas daripada apa yang digelarkannya sebagai 'Parasit'.
Maknannya Hasan Ali sejak mula masuk Pas dengan membawa satu matlamat,
mahu menyatukan Pas dan Umno sehingga ke jingjang pelamin. Atau lebih
tepat lagi mahu Pas dan Umno rujuk semula, perhubungan mereka yang telah
retak setelah diperbodohkan Umno suatu ketika dahulu.
Diperbodohkan Umno, itulah yang membuatkan Tuan Guru Nik Aziz meluat
dengan Umno, terluka dengan apa yang telah dilakukan Umno kepada Pas.
Sebagai seorang mukmin, dia tidak akan sesekali membenarkan dirinya
masuk ke dalam lubang perangkap yang sama kali kedua. Barangkali
begitulah prinsip Tua Guru Nik Aziz dan kita perlu hormati pegangan itu.
Hasan Ali tak rasa sebagaimana Nik Aziz, rasa, dia masuk Pas baru 15
tahun. Sebelum itu dia champion dalam hal ehwal meransangkan minda
orang, dia champion mendidihkan semangat orang dan dia menggunakan
segala ayat-ayat power berorientasikan Islam sebagai konsep perniagaan
jual ayat powernya. Sekali sembur ayat-ayat power paling busuk kena
bayar RM12,000 padanya, begitulah mahalnya motivator tersebut.
Kata orang semakin banyak kita menyebut, semakin ia di bawa mimpi dan
semakin lama ia mula melekat dihati dan terasalah semangat ingin
memperjuangkan Islam. Setelah sekian lama asyik meniupkan teori-teori
power yang mampu menitiskan air mata orang, mampu melopongkan mulut
pendengar maka diri sendiri mula tercabar untuk mempraktikkan segala apa
yang diperkatakan.
Toleh kiri toleh kanan tak nampak benda lain yang mampu dijadikan
kenderaan bagi mempraktiskan segala teorinya selama ini melainkan Parti
Islam Se-Malaysia. Apa lagi Hasan Ali terus terjun dan kedatangnya
disambut, dijulang ditatang Mat Teori dah masuk Pas mari kita letakkan
dia pada tempat yang tinggi, mari kita tengok bagaimana dia sesuaikan
praktikal bersama teori.
Ternyata Hasan Ali tidak dapat menerima ada orang lain yang lebih teror
dari dia. Hasan Ali tak dapat terima ada orang lain yang memerah otak
berpuluh tahun cuba mencari pendekatan yang paling tersusun tanpa
korbankan matlamat asal perjuangan melalui pendekatan politik, bukan
pendekatan perang, bukan pendekatan angkat senjata.
Hasan Ali tak dapat melihat bahawa semua keputusan parti dibuat melalui
musyawarah. Keputusan terbaik dibuat dengan berhujah. Hujah terbaik
dan paling meyakinkan akan diguna pakai. Keputusan parti bukan
keputusan individu, buka kerana kamu motivator, orang yang paling serba
tahu maka kata-kata kamu mesti diambil pakai, hujah dahulu, bahas
dahulu, kita lihat siapa yang paling meyakinkan. Jika ditolak jangan
pula serang dari belakang. Nak serang boleh, tapi jangan sampai orang
tahu, jangan riuh keliling kampung, nanti musuh nak tumpang sekaki.
Apabila majoriti tidak dapat menerima ayat-ayat power motivator, maka
kecewalah Mat Ayat Power, mana boleh aku ditolak, mana boleh aku salah,
sedangkan aku ada PhD, aku doktor falsafah, sekali imbas aku dapat teka
siapa kotor siapa bersih, sekali scan aku dapat jatuhkan hukuman siapa
ikhlas siapa khianat.
Semua itu membawa Hasan Ali kepada satu rumusan bahawa adanya Parasit
yang telah merosakkan Pas. Semua orang Pas telah terpedaya dengan para
Parasit tersebut termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, Tuan Ibrahim
Tuan Man, semua para ulama dalam dewan ulama Pas, semua ulama muda
pelapis Pas, semua ustaz-ustaz tenaga pengajar serta penceramah Pas,
semua lulusan Azhar yang berjuang dengan Pas dan semua pak lebai peminat
Pas, ringkasnya semua ahli Pas seluruh Malaysia kecuali Hasan Ali dan
beberapa kerat insan Mulia kebal yang dipowerkan oleh Hasan Ali.
Sebenarnya semua orang tahu yang dimaksudkan sebagai Parasit dalam Pas
oleh Hasan Ali 90% adalah Khaled Samad, mungkin ada yang lain tetapi
tidaklah sebesar parasit si Khaled Samad. Khaled Samad menjadi parasit
kerana tak mahu dengar cakap si Motivator. Khaled Samad serang
motivator, mana ada orang boleh serang motivator melainkan jika dia itu
parasit.
Oleh kerana Hasan Ali seorang Doktor Falsafah terlatih, pemegang PhD
dan penuh disiplin untuk meneka dengan sistematik serta saintifik, maka
sekali imbas Hasan Ali dapat menghukum siapa parasit, siapa induk,
siapa jahat, siapa baik, lalu dengan penuh yakin akan didedahkannya
dalam roadshow seluruh negara bagi melatih rakyat bagaimana mengenal
pasti parasit. Hasan Ali sedang menjadi Parasit dengan induknya adalah
Umno. Mari lihat apa definasi Dewan Bahasa terhadap perkataan Parasit
ini:
- Tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya
- Orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang lain; berparasit disebabkan atau dijangkiti parasit
Mungkin maksud kedua amat sesuai diaplikasikan dalam kes Hasan Ali sebagai seorang parasit dalam Umno sekarang ini.
~ wartasubhi
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.