IPOH, 3 Jan – Barisan Nasional (BN) Perak tidak menolak kemungkinan
memilih semula calon-calon yang tewas pada pilihan raya umum lepas untuk
bertanding pada pilihan raya umum ke-13.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN negeri
telah mengumpul pelbagai maklumat dan maklum balas daripada orang ramai
mengenai calon-calon yang tewas dalam pilihan raya umum sebelum ini.
“Mungkin calon-calon ini kalah tipis atau menang tipis dalam pilihan
raya umum sebelum ini…tetapi kita harus tahu apakah sebab-sebab yang
menyebabkan kekalahan itu. Bagi saya ada di antara mereka sebenarnya boleh menang tetapi
disebabkan tsunami politik yang berlaku menyebabkan mereka tewas,”
katanya selepas Majlis Perasmian Laluan Alternatif Bercham ke Lebuhraya
Utara-Selatan di sini, hari ini.
Katanya hasil maklumat yang dikumpulkan mendapati terdapat permintaan
daripada orang ramai supaya calon yang tewas dicalonkan semula
bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Zambry berkata maklum balas itu juga mendapati orang ramai turut
melahirkan rasa kesal kerana tidak mengundi calon-calon yang tewas itu
pada pilihan raya umum lepas.
“Apabila saya turunpadang, saya tidak hanya berjumpa dengan anggota
UMNO dan BN tetapi turut bertemu dengan peniaga dan masyarakat lain.
Pelbagai maklum balas yang diterima mengenai perkara ini,” katanya.
Katanya beliau mendapati terdapat calon-calon yang tewas terus
menjalankan tugas membantu masyarakat dan perkara itu memberi kelebihan
kepada mereka untuk dicalonkan semula.
Sumber: UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.