Mohon klik iklan 1X yer

27 January 2012

Berapa gaji wakil rakyat kita dan apa kerja mereka


Apa sebenarnya tugas seorang wakil rakyat ni, samada mereka ini Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen? Adakah mereka ini sekadar hadir apabila ada kematian, apabila ada kenduri kendara, apabila ada perasmian bangunan, apabila ada banjir atau kebakaran, apabila ada borang permohonan rumah, tanah, biasiswa untuk ditandatangani? Apa kerja wakil rakyat kita sebenarnya?

Kalau rakyat tidak faham apa tugas seorang wakil rakyat yang sebenarnya, lebih teruk lagi apabila wakil rakyat sendiri pun tidak faham apa tugas mereka, tak tahulah apa nak cakap.
 
Saya cuba cari di internet apa tugas dan tanggungjawab wakil rakyat di Malaysia ini. Setakat ini saya tak jumpa. Yang ada sedikit panduan di http://calonpasn9.blogspot.com dan juga di laman web Parlimen Kanada yang dengan jelas menyatakan apa peranan ahli Parlimen mereka dan butiran terperinci gaji dan elaun yang diterima oleh semua ahli Parlimen serta Menteri Kabinet.
 
Macamana kita nak matang dalam berpolitik dan bersikap terbuka dalam politik jika peranan wakil rakyat pun kita tidak faham. Kalau tak percaya cuba minta TV3 buat temuramah , tanya rakyat, lebih-lebih lagi yang mengundi apa tugas wakil rakyat. Macam-macam jawapan akan keluar.
 
Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.