Dalam
sidang media bersama dengan adiknya Umi Hafilda Ali, Azwan Ali turut
melafazkan sumpah tidak akan menghina dan mengaibkan mana-mana pihak
termasuk ahli keluarga beliau.
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Mohd Azwan bin Ali melafazkan
sumpah dengan nama Allah tidak akan menghina, mengeji dan mengaibkan
serangan peribadi yang mungkin membawa fitnah kepada Ummi Hafilda.
"Saya hamba Allah yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan
bersandarkan hasutan daripada sesetengah pihak," kata Azwan Ali.
Azwan Ali sebelum ini telah mengkritik beberapa Pemimpin UMNO
termasuklah menyelar tindakan Umi Hafilda yang terus menerus membuat
dakwaan perilaku yang dikatakan sumbang mengenai Azmin Ali dan isterinya
Shamsidar Taharin.
Azwan dalam sidang media yang sama, Negara bakal kehilangan seorang
pengkritik hebat yang menentang usaha Umi Hafilda membongkar perilaku
salah seorang adik beradik mereka iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
setelah beliau mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga
maruah keluarga.
~ siasahkini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.