Ini adalah kisah
benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat
anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN
YANG LUAR BIASA”.
Di antara 9 orang
penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih
dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan
menjaga bapanya.
Sejak itu Zhang Da,
demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak
boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab
yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia bersekolah
dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan,
semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia
temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang
masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia
bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk
membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya
ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan
bubur untuk ayahnya.
Segala urusan lain
pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan
Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun
belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli. Dia belajar
bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia
sendiri yang menyuntik ayahnya.
Ketika acara
anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan
juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”
Namun apa yang
dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya
berkata,
”Aku tidak mahu
apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”
Kisah di atas bukan
saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia
10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan
hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.
Zhang Da boleh
dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita
selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang
sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.
Juga seperti ucapan
Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayangi keluarga
masing-masing. Jangan kerana pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil
dan tidak berdosa menjadi mangsa.
like~
ReplyDeleteSEBAGAI RENUNGAN
sungguh tabah anak ini....
ReplyDeletesuka entry ni......
ReplyDeletesedihnyer~
ReplyDeletekecik je lagi tapi boleh buat smua tu...
hope dia bjaya bsar nti...
memang layak pun dia dapat anugerah tue ;)
ReplyDeleteTabahnya dia....anugerah itu memang layak untuknya.
ReplyDeleteWow! Kagum..
ReplyDeleteentri yg bagus
ReplyDeletesmoga smua dpt faedah :)
masyaAllah..
ReplyDeleteanak yangluar biasa...
yeke ni? fuhh.. org cina mmg kdng2 sgt tabah.. Pernah terbaca seorang lelaki yang bekerja menjual tin kosong. Apabila meninggal dunia mendermakan duit yang disimpan hasil penjualan tin kosong tu ke rumah kebajikan. (agak byk jumlah die tp tak igt berapa)
ReplyDeletesweetnya... bahagia kalau ada anak macam tu.. fyza pun x mampu buat apa yg dia buat.. kagum betul
ReplyDeleteyup!!~~entry yang bagus..semoge entry niy jadi tauladan anak-anak diluar sane..mahupun dari saye sendiri..yang penting jangan pentingkan diri..
ReplyDeletemmg sgt luarbiasa...brbeza dgn budak2 skrang yg trlalu dimanja...smpai xtau nk berdikari sendiri...pakai kasut skolah sendiri pun xtau..huhu
ReplyDeleteterbaik.melihat anak orang buat kita terfikir..adakah anak kita akan begitu?
ReplyDeleteartikel motivasi yang luarbiasa karena berdasarkan kisah nyata :)
ReplyDeleteterimakasih kawan sudah berbagi
sangat tabah... sedih bile mengenangkan kanak2 seusia dengan nyer yang makan masih di suap dan mandi pun perlu di mandikan... :(
ReplyDeleteBest,best,best..=)..
ReplyDeleteBudak tu memang layak sesangat. Kisah hidup dia memang sedih sesangat. tabah boy
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletemenarik dan menyentuh..terimakasih berkongsi
inilah contoh..patut di filemkan.. menitis air mata membaca
ReplyDeletesedih...baru 10tahun. sebaye adik aku.adik aku punye la manja yang amat. waaaaaaaaaaaa.
ReplyDeletekagum dan terharu... ^_^
ReplyDeleteZull best regards from Greece!!
ReplyDeleteBenar-benar perbuatan yang luar biasa, bagi seorang anak yang baru berumur 10 tahun! Kepada sesiapa yang sudah berumah tangga, ingat-ingatlah pesan si Zhang Da tu...
ReplyDelete