Mohon klik iklan 1X yer

23 August 2013

Non Sex: 1M Rakyat dibangangkan lagi.

Sahabat2ku dalam UMNO. Apa sudah jadi dengan pemimpin tanah air kita. Tiadakah selain dari Israel yang boleh diciplak. Inilah untungnya menggunakan APCO sebagai punahsihat.

Sebelum ini, wang kertas plasti kita tiru dari negara yahudi tersebut.
Kemudiannya slogan iMalaysia.
Sekarang yang ni pulak.
Engkorang penyokong UMNO-BN jangan percaya cakap aku. Engkorang geledah jer sendiri dalam dunia besar internet ini.
Ada mata tengok, ada otak fikir dengan waras. Ada akai atau tidak.


22 August 2013

Hari ini dalam sejarah.

Peristiwa Bersejarah Pada 21 Ogos 1969 di mana seorang bangsa Yahudi warga Australia, Denis Rohan, telah mengambil tindakan membakar Masjid al-Aqsa. (Sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Pada 21 Ogos 2006 Bersamaan 27 Rejab 1427H. 

21 Ogos 1969: Peristiwa Pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh Zionis

Tanggal 21 Ogos setiap tahun merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid. Dikesempatan itulah, pihak Yahudi memulakan perancangan mereka dengan membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan cepatnya dan terus membakar peralatan masjid dan dindingnya apatah lagi pada waktu tersebut muslimin telah meninggalkan masjid untuk meneruskan rutin harian mereka. Namun begitu, usaha memadamkan api yang terus marak telah dilakukan oleh pemuda-pemuda Islam dengan mengambil air dari telaga-telaga yang berada di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa, memindahkan karpet dan tikar keluar dari masjid dan menghimpunkan cebisan-cebisan kecil Mimbar Solahuddin yang terbakar dan kini ia di simpan di Muzium Islam di Masjid Al-Aqsa.

21 August 2013

Syria: Rejim Al Assad semakin dzolim.

DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera regim Assad semalam.

Mereka mendakwa tentera rejim membuat serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency.

Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut sebagai "pembunuhan beramai-ramai" dan bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital lapangan.


Shahrizat di kitar semula, pembayar cukai menanggung bebanan.

Pelantikan bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai penasihat kepada perdana menteri dalam isu wanita seolah-olah melancarkan "produk kitar semula" menggunakan wang pembayar cukai, kata wakil rakyat PKR. 

NONEAnggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (kanan) berkata, Shahrizat tidak membawa sebarang "tambah nilai", terutamanya dalam isu-isu wanita.

"Ini mungkin sedikit kasar, tetapi saya tidak nampak kenapa perlu mengeluarkan produk kitar semula, terutamanya apabila menggunakan wang pembayar cukai.