
Naib ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Yaacob berkata, beliau percaya langkah itu sudah pasti mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua parti itu dalam gabungan Pakatan Rakyat.
"Kekesalan saya, mengapa Karpal begitu angkuh dan sombong di dalam memelihara hubungan erat kita selama ini dan membenarkan pihak luar untuk sama berusaha memecahkan Pakatan secara halus," katanya.
Katanya, sekiranya Karpal memohon maaf atas "keterlanjurannya", ia akan memperlihatkan sikap jiwa besarnya dan lebih dihormati.