Mohon klik iklan 1X yer

25 September 2012

Menteri kita berani?

ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan mengutuk tindakan seorang menterinya yang menawarkan ganjaran untuk membunuh penerbit filem yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang dipercayai menjadi dalang filem yang menghina Nabi.

Tindakan Islamabad itu datang selepas Ghulam Ahmed Bilour, Menteri Kereta Api menawarkan USD100,000 untuk pembunuhan penerbit filem dari California itu Sabtu lalu.
Bilour juga menjemput anggota Taliban dan al-Qaeda untuk mengambil bahagian dalam perkara yang beliau sifatkan sebagai "perbuatan yang mulia".

"Saya mengumumkan hari ini bahawa, orang yang telah menghina nabi ini, jika seseorang membunuhnya, saya akan memberi orang itu hadiah sebanyak USD100,000," katanya.

Wartawan Al-Jazeera, Hyder Kamal yang melaporkan dari Kuala Lumpur, berkata bahawa Bilour mungkin telah bertindak sendiri dan tawaran itu tidak perlu diambil sebagai tindakan rasmi pihak kerajaan.

"Jangan kita lupa bahawa dia adalah seorang menteri yang telah memusnahkan kereta api Pakistan," lapor Hyder. 

Bilour dianggap oleh sesetengah pihak di Pakistan sebagai  orang yang bertanggungjawab bagi keadaan kemerosotan kereta api negara itu. 

Penerbit filem yang diletakkan harga sebanyak USD100,000 itu adalah Nakoula Basseley Nakoula, seorang warga Mesir, beragama Kristian Koptik, berusia 55 tahun dan telah disabitkan kesalahan menipu dan dibebaskan dari parol, dan kini tinggal di Los Angeles.

Pengumuman Bilour datang selepas lebih 5,000 penunjuk perasaan, termasuk ratusan wanita, berarak ke arah parlimen di Islamabad, sambil melaungkan: "Hukum mereka yang menghina Nabi kami" dan "Kami sayang Nabi kami".

Kira-kira 500 orang dari kumpulan Jamaat-ud-Dawa juga mengadakan demonstrasi di depan Konsulat AS di bandar timur Lahore, melaungkan: "AS sesuai dengan hanya satu ubat - jihad, jihad."

Protes itu bagaimapun adalah protes aman, berbeza dengan protes pada hari sebelumnya.

Kumpulan agama berkata mereka juga merancang demonstrasi di Karachi, tempat berlakunya adegan keganasan terburuk Jumaat lalu, selepas pengebumian lebih daripada 20 orang yang terbunuh semasa demonstrasi Jumaat lalu. 

1 comment:

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.