Mohon klik iklan 1X yer

31 October 2014

Ustaz Azhar oh Ustaz Azhar.

Serangan terhadap pemikiran Islam.

Penyebar video yg tidak pasti kesahihannya ini berotak zionis dan merupa tentera kafirun tanpa upah. Ia memalukan umat Islam Malaysia keseluruhannya.

Sebenarnya ia bukan sekadar untuk memalukan Ustaz Azhar, tetapi secara halus bertujuan menjatuhkan kepercayaan umat Islam yang lemah iman terhadap seluruh agamawan.

"Jika Ustaz yang hebat dan sohor boleh buat perangai begitu, ustaz ustaz dan imam biasa. tentu lagi hebat perangai mereka".

15 October 2014

Arahan Rasmi: Jangan sertai PASMA

Macam ada yang tidak kena dengan arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kepada ahli-ahli PAS Pulau Pinang.

PASMA sebuah entiti parasit telah ditubuhkan secara rasmi di Pulau Pinang. PASMA yang dipresidenkan oleh Phahrolrazi Zawawi, orang yang bertanggungjawab mendoakan kematian dan mengejek-ejek kematian Almarhum Ustaz Azizan suatu ketika dahulu, sedang menggunakan pelbagai kemudahan dalam PAS untuk terus berkembang. Alasan yang diberikan oleh para pendirinya ialah, PASMA hanyalah sebuah NGO, bukannya sebuah entiti yang cuba mengambilalih fungsi PAS atau menggulingkan Tuan Guru Presiden.

8 October 2014

Mabuk Carlsberg, bangang tak sudah.

Carlsberg, Bangang tak sudah.
Sangkakan selepas 57 tahun semakin cerdik, tapi sudah mabuk dan bangang. 
Siapa yang bangang?
Lu pikirlah sendiri.

4 October 2014

DS Anwar Akan Saman Faekah?

Faekah berbohong. DS Anwar tidak serakus itu. DS Anwar cuma terima RM1 sahaja setiap bulan. DS Anwar perlu buat kenyataan segera untuk menangkis kenyataan Faekah.

Siapakah yang layak dipercayai. Siapakah yang betul dan siapa pula yang berbohong. DS Anwar patut menutup mulut Faekah yang cuba menjatuhkannya dengan kenyataan yang tidak benar. Ini fitnah. DS Anwar perlu saman Faekah atas kenyataan mengarut beliau..

3 October 2014

Kami Tak Nak BR1M

Isu minyak: Penerima sanggup BR1M dihentikan


Kebanyakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah ini lebih sanggup bantuan tersebut dihentikan, berbanding harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan kerana kenaikan bahan api itu meningkatkan lagi kos sara hidup.

Adnan Mohamad, 45, berkata, kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan, seterusnya menjadikan perbelanjaan harian termasuk keperluan dapur setiap keluarga meningkat.

“Sebagai penerima BR1M, saya akui bantuan ini sangat berguna, namun kalau berjimat sekalipun, bantuan ini bertahan beberapa bulan sahaja.

“Sedangkan kenaikan harga bahan bakar ini pula beri kesan secara menyeluruh, bahkan kalau nilai BR1M dinaikkan lagi sebanyak RM300 seperti diumumkan baru-baru ini, ia tetap tidak setimpal sebab rakyat perlu berhadapan dengan harga barang dan perkhidmatan yang lebih mahal berbanding sebelum ini,” katanya.