Kuala Lumpur; Sebuah portal berita barat, World News Daily Report telah mengeluarkan sebuah artikel yang mengatakan Putera Mahkota Selangor telah pun keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian Katolik. Menurut portal tersebut Tengku Amir Shah berbuat demikian kerana ingin mengahwini seorang model yang berasal dari Sepanyol Cristina Gomez yang baru berusia 16 tahun.
Cristina dikatakan meletakkan syarat agar Tengku Amir Shah menukar agama jika ingin mengahwini beliau. Portal tersebut turut menuduh bahawa Tengku Amir Shah sering meminum arak dan berpesta secara bebas. Portal tersebut menyatakan Tengku Amir Shah telah dibabtiskan di sebuah gereja bernama Santa Maria di Braga, Portugal.