Mohon klik iklan 1X yer

22 April 2014

Setia sampai mati

Apabila Helen Felumlee menghembus nafas terakhir pada usia 92 tahun, suaminya mengikuti jejak wanita terbabit kurang dari sehari kemudian. 

Anak pasangan itu, Linda Cody berkata, mereka memang dapat merasakan kematian Helen bakal dituruti bapanya tidak lama selepas itu. 

“Malah, kami memang mahu mereka kekal bercinta sehingga ke nafas yang terakhir.

“Nampaknya memang itulah yang berlaku,” katanya. 

Pasangan Kenneth Cody dan Helen Felumlee disatukan sebagai suami isteri ketika mereka masih berusia belasan tahun.

21 April 2014

Pelakon terkenal ditahan

Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal yang pernah berlakon dalam beberapa filem ‘pecah panggung’ ditahan dalam Ops Cantas Khas bersama 41 individu lain di dua premis hiburan berasingan di Jalan P Ramlee, awal pagi kelmarin.

Turut ditahan bersama pelakon berusia 35 tahun itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya turut memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan berkenaan bagi mengesan sebarang pelakuan jenayah.

“Semua yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan daripada jumlah itu, 41 diarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.


19 April 2014

Harga Gas Asli Naik Bulan Mei

Berita Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia 2014 : Terbaru, siri gelombang kenaikan harga barang di Malaysia akan terus melonjak dengan dipacu dengan berita kenaikan harga gas asli bermula bulan hadapan Mei 2014 yang baru sahaja dimaklumkan sendiri oleh Petronas. 

Suka atau tidak, bersedia atau tidak pemain industri, rakyat Malaysia perlu menghadapinya…
Apa Kesan Rantaian Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia?

  • Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan gelombang inflasi yang pernah dilaporankan untuk tahun 2014 terus melonjak naik
  • Berita kenaikan harga gas asli bakal menyebabkan industri berat seperti pembuatan keluli akan terkesan. Dan ini bakal memberikan markah dan alasan untuk kapitalis REDHA dan pemain hartanah di Malaysia untuk terus melonjakkan harga rumah di Malaysia lebih awal sebelum GST dilaksanakan.

5 April 2014

Pakatan Kuasa Besar Dunia ada Kaitan Dengan Tragedi MH370?

Bismillahir Rahmanir Raheem.

Sekitar tahun 2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini. Pertama….


Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.

Sekat Red Bean Army

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan mengkaji semula akta sedia ada berhubung kawalan terhadap laman sosial.


Merujuk kepada isu Red Bean Army (RBA) yang didakwa pro-pembangkang, Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata undang-undang siber yang baru dan lebih ketat perlu diwujudkan sebagai langkah membanteras kegiatan yang menjurus kepada kenyataan berbaur hasutan.  

"RBA ini perlu diawasi dengan perundangan baru yang lebih ketat. Kalau boleh hukuman yang lebih berat seperti penjara terhadap sesiapa yang memainkan isu sensitiviti seperti agama, maruah negara dan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Mubarak di ibunegara semalam.

2 April 2014

MH370: Rahsia US di Diego Garcia

SHAH ALAM - Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.


Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil. 

“Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.