Mohon klik iklan 1X yer

22 September 2013

Ladang Peneroka Akan Tergadai?

Oleh: Khairil Abdul Rahim

Pihak Felda diminta memberikan penjelasan berhubung aduan daripada peneroka seluruh negara berkaitan satu sindiket memujuk peneroka supaya memajakkan ladang mereka selama 30 tahun. 

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pada ketika ini sedang hangat diperkatakan di tanah-tanah rancangan ada pihak yang datang menawarkan bayaran pajakan sebanyak RM3,000 sebulan.

Katanya, berdasarkan aduan yang diterimanya ada juga yang menawarkan bayaran sekali gus sekitar RM150,000 dan mereka mula bergerak di tanah-tanah rancangan sejurus berakhir pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

14 September 2013

18sx: Mati selepas langgan pelacur

MUAR – Seorang warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas melanggan pelacur di sebuah hotel bajet di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, lelaki berkenaan yang berumur 66 tahun, dilihat sendirian memasuki perkarangan hotel berkenaan pada jam 10 pagi. 

Lelaki terbabit yang masih bujang diberitahu mendaftar masuk sebuah bilik yang terdapat lima pelacur, namun pengsan sebaik sahaja selesai melakukan hubungan seks bersama salah seorang daripada wanita terbabit.

Kesemua wanita terbabit yang panik melihat keadaan lelaki terbabit bertindak memanggil pemilik hotel berkenaan untuk memaklumkan insiden berkenaan sebelum menghubungi ambulans.

10 September 2013

Kerajaan UMNO Rahsiakan Dari Rakyat

Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Global Halal Centre” semakin membuahkan hasil di peringkat antarabangsa.


Penang International Halal Hub (Halal Penang) semakin menerima pengiktirafan apabila saya selaku Pengerusi Halal Penang yang mewakili kerajaan negeri, telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan “4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” di Istanbul, Turki yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki; Yang Berbahagia Bulent Arinc.