Mohon klik iklan 1X yer

17 June 2013

Kawasan tidak sihat Malaysia

Oleh MARTIN CARVALHO dan NICHOLAS CHENG

PETALING JAYA: Keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung Malaysia dengan enam kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.

Pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar.

Pada pukul 11 ​​pagi Ahad, Jabatan Alam Sekitar mengesan bacaan kualiti udara yang tidak sihat bagi Pelabuhan Klang (104), Melaka (129), Linggi (117), Sungai Udang (120), Muar (125) dan Kijal (101) dengan kawasan lain di Semenanjung menunjukkan tahap yang baik dan sederhana.

Pihak berkuasa kesihatan sedang memantau keadaan dan akan mengeluarkan lagi nasihat awam dari masa ke semasa.

16 June 2013

UMNO-BN Johan Raja Lawak

Penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kenyataannya bahawa 'haram menjatuhkan kerajaan Islam' yang dijadikan bahan kempen di Kelantan bukan kenyataan peribadi malah ianya sebahagian daripada ajaran Islam. 

Katanya, tindakan BN mengemukakan petisyen dengan mengaitkan kenyataannya itu sebagai punca kekalahan mereka di Kelantan adalah tindakan 'kelakar'.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (bahawa) haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jawapan itu sebagai mengulas tindakan BN Kelantan yang memfaikan petisyen yang mengaitkan kenyataannya itu yang diguna semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 di Kelantan baru-baru ini.

7 June 2013

Turki.. Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Aku mulakan perkongsian ini dengan lafaz Bismillah.

1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di media, facebook, twitter, laman web, portal berita, orang pertama yang ingin aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin.

2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari & Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan den yang sering mengeluarkan artikel panas dan kontroversi, Ali Abu.

3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat. Nah, sekarang apa punca sebenar protes?

5 June 2013

Jawab ajerr larr

Shamsul Iskandar sudah senyap dan sampai hari ini tiada respond tentang ajakan . Sehingga sekarang saya masih belum menerima jawapan sama ada ia menyahut pelawaan saya untuk turun ke grassroot atau tidak. Saya malas nak panjangkan, sekadar untuk memberikan hint kepada orang ramai bahawa ‘tembakan iskandar’ terhadap kepimpinan PAS adalah tidak berasas, hanya tunjuk hero, tetapi tidak bersedia untuk turun ke padang sebenar. Insyaallah, itu tutup fail.  

Saya cukup sedih apabila melihat perilaku YB Khalid Samad (TBKS) tentang isu Kota Damansara. Pihak PKR dan termasuk juga PSM tidak berapa kelihatan membangkitkan isu KD tetapi YBKS masih terus menerus membangkitkan isu ini tanpa kelihatan noktahnya. Bukan setakat itu, bahkan menggunakan lidah rasmi parti menyiarkan artikel tentang KD.


UMNO DAHULU DAN SEKARANG - Bukan aku kata

 Jun4th 2013 Written by chedet

1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.  

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.