Mohon klik iklan 1X yer

31 March 2013

Habislah BN, Ini Kalilah.

Ke mana saja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi menjelang pilihan raya 2008 lalu, di situ kubu BN terbukti goncang. 


Ia berdasarkan keputusan undi yang diperolehi PKR dan lain-lain parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

BN akan menang besar?

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dengan pembubaran Dewan Rakyat tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), persoalan yang berlegar di setiap kepala sama ada ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali dengan mandat yang lebih utuh berbanding pilihan raya umum 2008 ?

Lewatkan PRU, BN Ciplak Manifesto PR

Pakatan Rakyat (PR) diseru untuk fokus kembali kepada kerja-kerja pilihanraya dan langkah BN seterusnya, terutamanya dari segi menciplak manifesto PR daripada meneka tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).  



“PRU13 akan diadakan, seperti ibu mengandung cukup 10 bulan, anak akan dilahirkan jua. Jangan fokus kepada tarikh (Datuk Seri) Najib (Razak) nak bubar parlimen. Fokus kepada apa yang BN bakal buat menjelang PRU13 ini,” tegur Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Maaf kepada pengunjung

Admin memohon maaf kerana telah tidak mengupdate' blog ini beberapa ketika. 

Ini berikutan admin tidak dapat mengakses blog atas sebab2 yang tidak dapat dipastikan. Adakalanya blog ini seolah2 tidak wujud atau pun telah diremove.

Sebarang pandangan membina dari pengunjung dan admin blog sahabat dialu-alukan.

22 March 2013

Rokok tanpa label

Australia menjadi negara pertama di dunia sejak suku akhir 2012 yang mengarahkan semua produk tembakau dijual dalam bungkusan kosong untuk kotak rokok tanpa sebarang bentuk jenama seperti warna, imej, logo korporat dan tanda perniagaan.

Walaupun ia pertama kali dicadangkan di New Zealand pada 1989 dan kemudiannya di beberapa negara, pihak berkenaan teragak-agak mengenai cadangan kotak rokok kosong itu sehinggalah Australia mengambil langkah pertama. Sikap teragak-agak ini berikutan cabaran besar dan ancaman terbuka yang dibuat oleh syarikat tembakau terhadap kerajaan. 

Kerajaan Australia tidak terkecuali. Syarikat tembakau mengancam untuk menurunkan harga. Mereka juga turut mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman kerajaan.

SB: Pulihkan kewibawaan PDRM


Bekas SB: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis

Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

Mantan pengarah polis Cawangan Khas Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.

"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.

20 March 2013

ATM bergabung mempertahankan kedaulatan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya -- udara, laut dan darat - dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.


Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.  

F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).

18 March 2013

Saman Raja Baharin kalau berani.

Arkitek terkenal dari Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mencabar kerajaan agar mendakwa beliau ekoran keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

"Sekarang ini tersebar dalam internet bahawa saya terlibat dalam merekabentuk stadium yang runtuh ini.

"Saya mengaku memang saya terlibat dalam merekabentuk stadium ini. Tetapi suka saya sebut bahawa kami telibat dalam mereka bentuk stadium ini tetapi hingga konkrit saja.

"Untuk bumbung, design dan build, ia dibuat terus oleh syarikat dari Korea," kata Raja Bahrin.

Beliau memberi jaminan akan mendedahkan sepenuhnya projek ini dalam mahkamah (jika didakwa) kerana di luar sebagai pihak yang terikat dengan kontrak, beliau tidak boleh mendedahkan segala dokumen yang terlibat.

14 March 2013

Jahat sungguh pembangkang. Undilah BN


Selama lebih 50 tahun pemimpin2 UMNO aman damai dalam setiap apa yang dilakukan. Tapi sekarang, tiada lagi damai dihati apatah lagi dengan segala keputusan risikan menyatakan Putrajaya akan bertukar tangan.

Mengapa Tian Chua didakwa di mahkamah?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan penuh kepada YB Tian Chua yang akan didakwa atas Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi hari ini.

SAMM percaya YB Tian Chua tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya dan manipulasi media yang dibantu oleh fitnah jahat blog pro-Umno menjadi punca kebencian yang ditimbulkan. SAMM ingin mengingatkan semua bahawa perkara pokok yang menjadi punca tragedi berdarah di timur Sabah adalah kelemahan dan kesilapan kerajaan Umno menjaga kedaulatan negara.

4 March 2013

Harap maaf

Bercuti beberapa ketika kerana masaalah yg tidak dapat dielakkan. Angkara umnoporno.

Sahabat2 sekelian teruskan perjuangan.  Aku masih berkelana dibumi bawah bayu untuk beberapa ketika.

Perjuangan jihad menegakkan kebenaran tidak akan terhenti sehingga titisan darah terakhir.