Mohon klik iklan 1X yer

28 February 2013

Kita Yang Hina Nabi dan Islam

 Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

25 February 2013

Kita mesti undi UMNO-BN

Bhai... Kepada para pengundi yang layak untuk mengundi pada PRU13 nih... Marilah undi Barisan Nasional.... Sebab....

Sebab...

1. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang layak untuk mendapat sara hidup sebulan sebanyak RM41.60 sekeluarga.
2. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang memberikan peluang untuk Felda mempergunakan wang KWSP sesuka hati.
3. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju membenarkan ramai warga asing mendapat segala kemudahan yang diperuntukkan untuk warganegara Malaysia.
4. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju untuk membayar hutang negara yang makin meningkat hasil dari salah urus tadbir negara.
5. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju menggalakkan perkauman dan pergaduhan kaum.

22 February 2013

Parliment dibubarkan

Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat menghubungi Bilik Berita Harakah memberitahu, Perdana Menteri Najib Tun Razak akan umumkan pembubaran Parlimen paling cepat esok, 22 Februari bersamaan hari Jumaat. Ini sama seperti SMS yang disebarkan sahabat saya, Dato' Tamrin Tun Ghafar sebulan yang lalu. SMS berdasarkan sumber daripada bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Sulaiman Mohamed.

Itu bukan soalnya. Ahli parlimen berkenaan juga memberitahu, jika bukan hari ini, Jumaat, kemungkinan besar pada hari Isnin, 25 Februari 2013 ini. Apakah yang membuatkan Najib memilih tarikh-tarikh ini, hanya beliau sahaja yang tahu.

Perlanggaran hak asasi berlaku di Malaysia

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat berlaku pelanggaran hak asasi dalam penahanan pekerja kafe Yazid Sufaat, Mohd Hilmi Hasim.

Pesuruhjayanya, James Nagayan, berkata terdapat tiga pelanggaran yang dilakukan pihak berkuasa berhubung penahanan Hilmi.

Pelanggaran pertama berlaku apabila Hilmi tidak dimaklumkan kesalahannya ketika ditahan, kemudiannya menahan melebihi 48 jam dan menghalang daripadanya mendapatkan khidmat guaman.

5 February 2013

Hakim mudah di rasuah?

MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang meraih populariti selepas mendedahkan klip video VK Lingam pada 2007, hari ini mendedahkan satu lagi video yang didakwa menunjukkan bahawa badan kehakiman mudah terlibat dengan rasuah. 

Video berkenaan direkodkan bapanya, Mui Fah beberapa tahun lalu semasa pertemuan dengan seorang akauntan untuk membincangkan satu kes sivil melibatkan beliau dan bapanya itu.

Klip video sepanjang dua minit itu antara lainnya menunjukkan Mui Fah bercakap mengenai hubungan akauntan tersebut dengan seorang yang dinamakan sebagai "W" yang didakwa sebagai seorang hakim kanan.

Presiden SENIMAN dah berbunyi

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil menggesa penganjur konsert BN di Pulau Pinang pada 11 Februari supaya mengutamakan artis tempatan dan bukannya penyanyi pop Korea Psy.

Katanya, peruntukan besar untuk membawa artis rap tersebut sepatutnya disalurkan kepada artis tempatan – sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan" yang diuar-uarkan kerajaan.

Pelakon dengan nama gelaran Zed Zaidi itu juga berkata, persembahan oleh artis luar seperti Psy hanya akan menguntungkan kerajaan yang mengaut bayaran cukai hiburan.

Samseng upahan mengamuk di Sungai Tengi

Ceramah Mazlan Aliman di Sg Tengi malam ini dihalang oleh 30-40 org PERKATAK.. Halang org luar masuk Felda bersama2 Polis Bantuan Felda! Depa nak cari Mazlan Aliman. Hak masyarakat Felda utk mengetahui perkara yg benar mesti dipertahankan!


4 February 2013

KM Sabah berdarah Filipina?

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan "saudara jauh" keluarganya.

Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campurtangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut. 

Saya ada keluarga besar dan saya baru saja diberitahu bahawa individu ini merupakan seorang saudara jauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri Sabah tidak akan masuk campur dan tidak pernah melakukan seperti didakwa.