Mohon klik iklan 1X yer

31 October 2012

Menyamar jadi JPJ pulak dah.

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.

30 October 2012

Bahasa Malaysia Bahasa Rasmi Negara?

Dalam perlembagaan Malaysia, Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara. Ini bermakna segala surat menyurat dan bahasa penghantar adalah dalam bahasa melayu. Tetapi apa yang dapat dilihat sekarang, seolah-olah Bahasa Melayu telah jatuh menjadi bahasa kedua di belakang Bahasa Inggeris.

Terdapat segelintir rakyat Malaysia menganggap bahasa Melayu ni takde standad sebab banyak menyerapkan perkataan-perkataan dari bahasa lain dan dijadikan bahasa Malaysia. Pendapat gua, asalkan sesuatu perkataan itu sudah diikitiraf untuk bahasa Melayu, kita terima dan guna sahaja. 

Transformer PRU di Malaysia

28 October 2012

Dato Tajuddin guna Pekida di Pasir Salak?

Berita bahawa dato’ Tajuddin Abdul Rahman bukan lagi merupakan calun pilihan utama untuk pilihanraya ke 13 bukan lagi rahsia,  menyebabkan beliau tidak lena dan tidak berdiam diri. Berdiam diri berarti bakal kecundang. Dato Tajuddin  telah menyusun strateginya bagi mengukuhkan sokongan agar beliau tetap menjadi calon dalam PRU 13. Zainol Fadzi tidak harus diberikan peluang menjadi YB. Boleh baca di yong suka kuning dan di muslimeen united.

27 October 2012

Karpal - 1 calon DAP 1 kerusi

Pengerusi DAP Karpal Singh menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dalam mesyuaratnya, jawatankausa kerja pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang dua kerusi (kerusi negeri dan parlimen).

Tengku Adnan perasan glamour

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri atau setiausaha agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
  
"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya,  perdana menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon.

"Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, semalam.

25 October 2012

Apa nak jadi dengan PETRONAS

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Campur tangan kerajaan dalam Petronas menyebabkan agensi penilaian antarabangsa Fitch Ratings pada September lalu menurunkan penilaian prospek masa depan syarikat petroleum itu kepada negatif, kata Rafizi Ramli.Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, akibat dari penurunan tersebut, penarafan Petronas yang sebelum ini antara yang terbaik di dunia juga dijangka diturunkan dalam masa terdekat.“Ia menyebabkan Petronas terpaksa bayar faedah lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. 

24 October 2012

Ceciter, sapa orang tu.

Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding  (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

23 October 2012

Kita beruntung ada pendatang asing



SYUKUR KERANA  ADA WARGA ASING PELARI ANAK DARA KITA,
SYUKUR KERANA ADA WARGA ASING SKODENG BINI-BINI KITA,
BERSYUKUR KERANA ADA WARGA ASING SKANDAL DENGAN ISTERI KITA,
BERSYUKUR LA ADA WARGA ASING SANGGUP JAHIT TUDUNG.
BERSYUKURLAH ADA WARGA ASING YANG JADI TAUKEY DAN BOSS ...
BERGERAK JUGA EKONOMI MALAYSIA....
MEREKA BOLEH JADI PENGUNDI JUGA.

Paling Biadap - DAP

NONEDAP berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

22 October 2012

Memang Celaka!

Korang tak rasa apa-apa ke apabila ketua MCA begitu berani menghina agama kita. Korang takder rasa marah atau geram ke. Korang tak rasa tercabar ke? Soi Lek bukan lagi menyerang parti, tetapi menyerang agama kita. 

Pemimpin yang moralnya tercalar begitu berani menghina agama aku. Menghina amalan yang di firmankan dan tercatat dalam Al Quran.

Memang melampau sungguh. Presiden MCA berani bercakap kurang ajar kerana tidak belajar dan  tidak pernah dimaklumkan oleh rakan parti sekutu mereka. Memang tidak menghormati agama orang lain.

Dialog Negara Berkebajikan PAS

PAS Johor buat kali keduanya mengadakan majlis dialog dengan masyarakat Cina di negeri ini yang dibuat melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). 

Lebih 50 peserta yang terdiri dari kalangan orang Cina di bandar ini menyertai majlis dialog itu.


Dengan diketuai oleh Pesuruhajaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamad, PAS secara berterus terang dan bersemuka dengan masyarakat Cina bagi menerangkan dasarnya.

20 October 2012

UMNO semakin tersepit

Wanita MCA bimbang MP Umno juga sokong hudud

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. 

"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.

19 October 2012

Penyokong PR dan Penyokong UBN sedarlah.

NONEPPIM dakwa Starbucks salur wang pada rejim Yahudi
 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK).

Menurut mereka, penganjuran 'anugerah sinis' itu didakwa bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna.  Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada rejim Yahudi di Israel.

18 October 2012

Lagi sekali menghina Islam, UMNO dan Perkasa peduli ke.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

chua soi lek video blog on hudud 01Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaa di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut.

-Malaysiakini

Kerajaan Pakatan wajah baru untuk Malaysia

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan pencapaian kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mendapat penarafan yang baik dan memuaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebagai satu pengiktirafan bahawa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat adalah ‘wajah baru untuk Malaysia’.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata nilai keadilan sosial dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan dalam urustadbir kewangan negara dan negeri.
Dengan laporan audit itu, tambahnya, rakyat sewajarnya dapat menilai kemampuan dan kompetensi serta akauntabiliti yang dimiliki oleh Pakatan.

17 October 2012

Hebat Malaysia, air mani pun diimpot.

Sebuah anak syarikat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) didapati masih belum menggunakan air mani kambing dan lembu untuk permanian berhadas bernilai hampir setengah juta ringgit.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, Marditech Corporation mengimport air mani daripada Afrika Selatan dan Australia untuk tujuan pembiakan. 


Daripada 3,800 straw mani kambing dan lembu yang diimport antara 2007 hingga 2011, sebanyak 3,334 straw bernilai RM486,100 belum digunakan sehingga 31 Disember 2011.

16 October 2012

Cara Kristian berdakyah di Malaysia

Beberapa hari lepas. heboh dan kecoh di pelbagai media UBN, kononnya DAP Sarawak mengadakan upacara berdoa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. 

Gua tak kisah  dan gua tak rasa pelik pun. Tarak hal semua tu. Dan gua sendiri pun percaya perkara itu mungkin berlaku. Kalau tidak berlaku dalam bentuk kumpulan, mungkin dalam doa setiap individu penganut agama tersebut.

Siapa pernah solat di masjid Kucing. Kira jumlah berapa ramai jemaah yang hadir pada setiap waktu. Bergerak ke serata ceruk Sarawak, berapa tempat yang boleh didengari azan pada setiap waktu solat. Bagaimana perkembangan dan amalan Islam di Sarawak agaknya. 

15 October 2012

Zul Noordin layak jadi timbalan menteri

MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".

Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

14 October 2012

BIADAP! Kristianisasi di Kuantan?

BIADAB! Kaabah dihina di Megamall Kuantan. Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan
 menghina agama islam serta merta! Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang? ABU!!
SEBARKAN DAN PROTEST SEHINGGA EVENT KURANG AJAR INI DIBATALKAN SERTA MERTA!


Sumber: Manjungmari.blogspot

13 October 2012

Mantan IGP Hendak Masuk Pas?

Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk sop tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam manguk sop.

Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.

11 October 2012

Mahkamah sudah buktikan mengkomer menipu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas. 

Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Aper hal DS Najib jumpa Soros

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

MP BN juga menentang AES

NONETidak seperti selalu, penyokong kerajaan dan anggota parlimen pembangkang hari ini sama-sama tampil menentang penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan lalu-lintas yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Perkara itu ditimbulkan apabila Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) membangkitkan perkara itu dalam perbahasan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Sim (kanan) mahukan kerajaan mengubah undang-undang had laju sebelum pelaksanaan penuh AES kerana ia tidak konsisten di lebuh raya dan penggunaan sistem kamera automatik hanya akan menjadikan orang ramai mangsa.

3.1 juta pengundi hantu?

Oleh : MOHD HALIM AHMAD

PENUBUHAN Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Sabah) untuk menyiasat isu kebanjiran rakyat asing dan kerakyatan songsang telah dicemari sikap pemimpin Sabah yang tidak mempunyai semangat nasionalisme dan hanya utopia (tidak mungkin wujud di alam nyata).

Penulis Kontroversi, Mutalib M.D berkata demikian ketika mendedahkan penemuan terbarunya di Forum Perdana RCI Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini. 

10 October 2012

Kedutaan ditutup kerana isteri PM


DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.

Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.

Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.

5 October 2012

Filem 18SX Malaysia?

Mula-mula buat filem 18SX Malaysia. Kemudian lepas dan diluluskan semakin berani untuk buat file 18SXX Malaysia pula. Tak cukup dengan itu, akan keluar pula 18SXXX dan……….Semuanya buatan Malaysia.

Yang kita di sini, termasuk pihak yang berkuasa dan para mufti. Adakah kita mahu terus menunggu dan menunggu sehingga parah barulah, mahu “melatah”?

4 October 2012

Rakyat akan dimangsakan lagi.

Projek petrokimia Pengerang Johor hanya helah untuk pengambilan tanah secara besar-besaran oleh Menteri Besar Datuk Ghani Othman bagi memperkayakan kroni.

Projek Rapid Pengerang pada asalnya dicadangkan di Selangor tahun lalu dengan permohonan tanah 2.889 ekar, tetapi Petronas kemudiannya memohon 6,400 ekar tanah di Johor.

3 October 2012

Jangan bantu kezaliman UMNO

Fatwa Literal- Satu Pembetulan

Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai:

“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunah bukan dengan sunahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan.  


“Kata Huzaifah: Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?. Jawab baginda: Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)

Dah kaya jangan lupakan perjuangan

NONE
Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Anak dah beratus juta, bapak berapa pula agaknya.

NONEBekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.

Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

2 October 2012

Kedah ada 200,000 pengundi baru?

Umno Kedah sedang berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar  sebagai pemilih walaupun menyedari pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. 
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata gerakan mendaftar pengundi baru dijalankan setiap hari.
  
"Arahan telah dikeluarkan kepada setiap Umno Bahagian supaya membuka kaunter pendaftaran pemilih pada setiap hari bekerja mulai bulan lepas manakala di Ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku  telah lama diadakan.

1 October 2012

Jom, Tok Guru jadi marshall

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.

Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.

Aku dapat sijil Malaysian Book Of Rekod

Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.