Mohon klik iklan 1X yer

30 September 2012

SPR memang mantap.

Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim ( gambar ) seperti mana yang ditemui di dalam laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka perolehi.

Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang atau sengaja dilakukan walaupun kesalahana dan kecatatan itu boleh diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.

29 September 2012

Akhirnya Timbalan Perdana Menteri letak jawatan

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Yongyuth Wichaiditm hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan juga jawatan Menteri Dalam Negeri berkuatkuasa Isnin ini.
  
"Tiada siapa memberi tekanan kepada saya untuk meletak jawatan. Saya membuat keputusan sendiri bagi mengelak masalah undang-undang," katanya.
  
Kelayakan Yongyuth untuk berkhidmat dalam Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen menimbulkan keraguan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mendapati beliau melakukan salah laku sebagai penjawat awam baru-baru ini.

DAP Penang memang cilako!

PANAS!! Samseng diguna untuk menghalau penduduk kampung di Batu Maung!!

Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.

Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.


25 September 2012

Kelantan akan keluarkan minyak sendiri

KOTA BHARU: Seorang peguam, Muhammad Faizal Che Yusof berhujah kerajaan Kelantan berhak membatalkan dan menamat perjanjian dengan Petronas kerana ada perlanggaran undang-undang kontrak.

Beliau berkata, secara jelas berlaku rescind the contract apabila Petronas gagal membayar royalti sebagaimana dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani 9 Mei 1975.

Katanya, Petronas telah memecah janji atau repudiate the contract.

“Justeru itu pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975.

Melayu hilang kuasa keranamu

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang. 

“Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa.

“Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan kenapa Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika persempadanan semula 2004.

Hebat sungguh pilihanraya kampus di Malaysia

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mendakwa enam calon yang menyertai pilihan raya kampus (PRK) telah menerima ugutan bunuh dan culik.

Calon daripada pro-mahasiswa itu dipercayai diugut oleh pihak yang tidak dikenali dengan menghubungi keluarga calon terbabit di kampung.

Jurucakap Pro-M UKM, Ahmad Afif Zulkifli, mendakwa ugutan tersebut diadukan calon-calon terbabit kepada beliau sejak pagi tadi.Beliau percaya ugutan tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa takut calon yang kemudiannya akan bertindak menarik diri dari bertanding dalam PRK.

Menteri kita berani?

ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan mengutuk tindakan seorang menterinya yang menawarkan ganjaran untuk membunuh penerbit filem yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang dipercayai menjadi dalang filem yang menghina Nabi.

Tindakan Islamabad itu datang selepas Ghulam Ahmed Bilour, Menteri Kereta Api menawarkan USD100,000 untuk pembunuhan penerbit filem dari California itu Sabtu lalu.

24 September 2012

DAP buat hal lagi

Tindakan Majlis Daerah Segamat (MDS) menggantikan tulisan Jawi di papan-papan tanda jalan di sekitar daerah Segamat dengan tulisan Cina dianggap cuba menghakis sisa-sisa peninggalan identiti Melayu di daerah itu.

Sehubungan itu PAS Kawasan Segamat menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat membantah tindakan tersebut kerana tulisan Jawi perlu dikekalkan sebagai warisan negara.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masood berkata, tindakan Majlis Daerah Segamat itu mengecewakan banyak pihak kerana tulisan Jawi perlu dipertahankan demi generasi akan datang.

23 September 2012

UMNO bercakaran di sana sini

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu segala perbalahan yang wujud di peringkat bahagian diselesaikan segera kerana kegagalan berbuat demikian akan menghalang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya umum ke-13. 

Beliau berkata kini bukan lagi masa untuk anggota parti bercakaran atau bertelagah sesama sendiri tetapi merapatkan lagi barisan sedia ada dan bekerjasama dengan anggota parti komponen BN yang lain.

Siapa sponsor Anwar Ibrahim?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
 
Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

Peneroka kena tipu?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan jumlah pinjaman saham Felda kepada peneroka bernilai RM5,000 sedangkan saham sebenar menurut mereka adalah bernilai RM3,640 untuk 800 unit saham.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, selama ini peneroka Felda membeli saham FGVH dengan harga tersebut di mana-mana bank yang menawarkan pinjaman.

Berdasarkan surat perjanjian antara Maybank, Mazlan berkata, peneroka terkejut apabila tercatat nilai belian sebanyak RM5,000, manakala di dalam surat CIMB pula tercatat RM4,000.

Perlawanan Rahsia

PERLAWANAN ‘rahsia’ membabitkan skuad kebangsaan menentang Kemboja, malam kelmarin, menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Tindakan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal itu jelas mengelirukan peminat yang kini dahagakan aksi skuad negara selepas kecundang 0-2 kepada Vietnam, baru-baru ini.

22 September 2012

Nasib engkaulah labu

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan  Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.


Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.

Pendapatan rakyat Sarawak tertinggi di Malaysia?

dapsy lodging report against utusan 161008 chong chieng jenDakwaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud minggu lalu bahawa pendapatan modal rakyat negeri itu meningkat 50 kali ganda dalam tempoh 50 tahun disifatkan pemimpin DAP sebagai sangat "tidak masuk akal".

"Saya cabar Taib kemukakan fakta bagi menyokong dakwaannya," kata Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kanan).

Taib yang juga anggota parlimen Bandar Kuching sebaliknya berkata, pendapatan rakyat Sarawak hanya meningkat empat atau lima kali.

"Graduan baru kejuruteraan dengan JKR pada 1963 mendapat RM400 sebulan berbanding jurutera dengan JKR hari ini dibayar RM2,000 sebulan, peningkatan lima kali ganda," kata Chong.

18 September 2012

Penyokong BERSIH telah dibersihkan

Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.

MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK SIRI-2

Hampir seminggu Pakatan tidak dapat menghubungi 2 EXCO terbabit. DAP juga gagal menjejaki kemana hilangnya wakil rakyat mereka,Hee Yit Foong sehingga DAP terpaksa mengeluarkan arahan bahawa mana mana adun DAP yang tidak bisa dihubungi dalam masa 24 jam, ia dikira sudah mengosongkan kerusi dun masing masing.  Akhirnya pada 6 FEB 2009, semua kemelut ini sampai ke kemuncaknya. Seluruh negara khususnya rakyat negeri Perak dikejutkan dengan gelak ketawa Najib beserta Adun Adun pengkhianat tersebut di satu sidang media di Putrajaya.Dalam sidang media tersebut hampir semua wakil rakyat BN-Perak hadir dengan wajah yang gembira. Najib dengan tepukan gemuruh semua yang hadir mengumumkan bahawa BN sudah ada cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di Negeri Perak.

17 September 2012

MEMPERINGATI RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK SIRI-1

Pilihanraya umum 8 mac 2008 menjadi saksi tumbangnya Negeri Perak ke tangan pembangkang. Di samping negeri Perak, negeri Pulau Pinang,Kedah dan Selangor turut berjaya dirampas oleh Pakatan Pembangkang. Manakala PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan kemenangan yang lebih besar.
foto 1: Dato Seri Nizar sentiasa tenang berhadapan dengan wartawan

15 September 2012

Melayu tidak bersultan tarafnya lebih rendah?

Gambar hiasan : Sultan Brunei

Saya adalah seorang Melayu yang tidak bersultan. Kerana apa? Kerana saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Ibu negeri Selangor, yang dirampas oleh kerajaan persekutuan. Oleh kerana Sultan Selangor sudah tidak boleh menaungi apa-apa di tanah Kuala Lumpur semenjak dari 1974, maka saya terlewat 2 tahun untuk dilahirkan bernaung dibawah seorang Sultan. 

Ibu saya seorang Perak. Dilahirkan di Kota Lama Kiri, berdekatan dengan Kuala Kangsar. Maka Ibu saya ada seorang Sultan. Sultan Perak. Tetapi, ibu saya tidak gemar dengan Sultan Perak sekarang. Kerana beliau menganggap, Sultan Perak sekarang tidak layak menjadi Sultan. Kerana ada orang lain yang lebih layak. Itu cerita orang Kuala Kangsar, yang sudah terbiasa dengan kerabat-kerabat Sultan. Mereka seperti tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam istana Perak pada 1984 dahulu. Namun, saya tidak mahu ambil port.

13 September 2012

Garis panduan untuk Gay dan Lesbian

NONEMenteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengabil langkah untuk membetulkan keadaan itu.

Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:

"Simptom" gay:
  • Mempunyai badan sasa dan sukamenunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless)
  • Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang
  • Lebih cenderung minat kepada lelaki
  • Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan

Buat malu Melayu jer

Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming,  Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.

Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.

KWSP bijak mengurus kewangan

Dr. Dzulkefly Ahmad
 
Sementara saya sangat berpuas hati, selaku pencarum, bahawa KWSP bijak mengurus wang pencen saya dengan mengikuti 'prinsip keramat pelaburan': 'buy low, sell high', (beli murah,jual mahal) saya hendak peringatkan badan pengurus dana terbesar di negara ini, sampai bila akan mereka teruskan dengan pembelian ini? 

KWSP sebagai salah satu 'pelabur asas' FGVH, telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 % pada 4 Julai kepada 7.02 %.

12 September 2012

Peneroka Felda menjadi mangsa

TUMPAT: Akibat kerajaan tidak mahu mendengar pandangan orang lain termasuk pegawai Felda serta peneroka, saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencecah serendah RM4.57 seunit.

AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata kejatuhan saham itu paling rendah sejak ianya mula merudum beberapa hari lalu sebanyak RM4.69 seunit selepas mencatat kedudukan paling tinggi sejak Julai lalu, RM5.55.

11 September 2012

Persekutuan membelakangi negeri

NONE
Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Menurut notis di lamanweb Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan -  tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok. Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Menurutnya, butiran mengenai lawatan tapak akan diumumkan dalam taklimat tersebut.

10 September 2012

Mentri Pertahanan spin harga RIV


gaambar hiasan
Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi.



Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas. 

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.


9 September 2012

Polis penakut??

Setiausaha agung NGO PERKASA Syed Hassan Syed Ali menyelar tindakan polis yang dilihatnya "takut" bertindak serta merta ke atas individu yang didakwa melakukan perbuatan menghina gambar perdana menteri dan bendera Malaysia ketika kejadian 30 Ogos lalu. 

Katanya NGO pro-Melayu itu tidak dapat menerima alasan polis bahawa individu berkenaan tidak terus ditahan kerana mahu mengelak berlaku ketegangan ketika perhimpunan Janji Demokrasi itu berlangsung.

"Bukankah dulu walaupun ribuan berkumpul di rumah (bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, pihak keselamatan boleh menahannya di rumah dan dibawa ke Bukit Aman.

Lawak katun punya berita

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hilang sabar dengan duta Amerika Syarikat bulan lepas kerana kedudukan pentadbiran Obama yang kurang jelas ke atas program nuklear Iran, ujar seorang kongres AS yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut. 

Pengerusi House Intelligence Committee, Mike Rogers, penyokong parti Republikan, membuat komen awam pertama beliau mengenai mesyuarat di Israel hujung Ogos lalu dalam satu temu bual dengan radio WJR, yang berpusat di Michigan Selasa lalu.

8 September 2012

Anda tidak dihukum jika mempunyai masa depan

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Artist yang menggemparkan dunia

JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.

4 September 2012

Profesor pun benci UMNO

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dan isterinya, Norhayati Yusof hari ini mengumumkan memilih untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Demikian menurut laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP, DUN Stulang.

3 September 2012

Tok Guru ni memang hebat

Aku malas nak cerita lebih-lebih pasal tok guru Pondok Geting ini. Korang tonton sendiri dan dengar kata-kata tok guru yg hebat ini.

1 September 2012

Nak pilihanraya, meh baca sini.

Hari ini aku nak menulis luar dari kepompong politik walau pun ia diperlukan oleh  semua orang politik atau tidak.

Aku yakin dan pasti ramai di kalangan pembaca ini memiliki kereta. Tidak kiralah kereta apa pun,  yang pasti kereta korang tu ada tayar. Aku pasti ramai korang selama nie pandai bawak jer kereta korang tu tanpa tahu sedikitpun mengenai kereta korang, betul tak?

Tak yah nak tipu diri sendiri, aku tahu korang tak tahu pasal tayar korang. Jadi, meh sini baca info pasal tayar sebab tayar juga adalah salah satu faktor penyebab kemalangan selain sikap korang kat atas jalan raya. (cakap kat org padahal aku sendiri kadang kala bawak laju seperti dikejar hantu).