Mohon klik iklan 1X yer

30 June 2012

Artist ni dah 3X bercerai.

PASANGAN popular Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan bakal bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Daily Mail melaporkan, Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.

Ditanya mengenai punca keretakan rumah tangga pasangan itu, Wolfe memberitahu majalah People masalah yang dihadapi pasangan itu sangat peribadi.

Kalau betoi, teman setuju bebenor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.

"Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.

"Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini..

Insyaallah! Laluan ke Putrajaya semakin cerah

 Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa jadi dengan Asia Petroleum Hub?

Ketika kerajaan masih cuba menangani kerugian daripada kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), bencana baru mungkin berlaku di Johor, yang mungkin menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jika tiada penawar diperoleh.

Projek RM1.4 billion Asia Petroleum Hub (APH) yang disokong kerajaan itu kini dibelenggu lebihan kos dan kelewatan serta masalah lebih besar apabila CIMB Bank Bhd menarik diri selepas menyuntik RM830 juta.

Perkara itu didedahkan Muhibbah Engineering (M) Bhd, antara kontraktor utama APH, dalam kenyataannya pada Selasa lepas.

29 June 2012

SPRM tidak boleh dipercayai - Rafizi

NONEPengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata beliau tidak mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau lebih yakin dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) polis, yang menurutnya lebih tulen, jujur dan profesional.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau .

Beza 2 pemimpin Mesir

Gambar menceritakan segalanya.

Habislah kalau masuk PAS

Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini. 
Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.

"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!

Tahniah.. Sinar Harian.

Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengaharapkan akhbar Sinar Harian mengekalkan pemberitaan adil dan telus sekalipun menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, setakat kini keterbukaan akhbar itu yang memberi ruang kepada laporan program PAS dan Pakatan Rakyat, boleh dipuji dan sikap itu diharap terus kekal.

“Saya berharap akhbar ini teruskan memberikan berita yang telus dan tulus kepada rakyat dan berharap menjadi akhbar rujukan utama orang Malaysia khususnya Melayu bagi menggantikan Utusan dan Berita Harian yang semakin tidak relevan,” ujar beliau.

Rasuah!! rasuah!! rasuah!!

Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pendakwaan.
  
Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar kes pembelaan.

Habislah kali ini, masalah besar pula di Johor

Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan sayap pemuda negeri itu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Muskon.

Akhbar The New York Post pembohong besar.

Bakal Besan Najib diburu Interpol kerana enam tuduhan jenayah.. Ini warrant nya..

Laporan yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.


Menurut The New York Post dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

28 June 2012

Rasuah membarah zaman Najib

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat masih dibelenggu masalah rasuah di kalangan pemimpin Umno, berbeza dengan pentadbiran bapanya Tun Razak Hussein sekitar 1970-an.

Sarjana kontroversi Melayu Dr Kassim Ahmad berkata, rasuah di kalangan pemimpin Umno yang bermula di zaman perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membarah ekoran tiada tindakan tegas membendungnya.

"Mungkin terlampau ramai (terlibat). Jadi kalau diambil tindakan tegas, semua (pemimpin) sekali habis. Jadi dia (Najib) tidak berani. Ini masalah besarlah," kata bekas tokoh gerakan kiri yang menyertai Umno sehingga 1995.

27 June 2012

Rafizi disiasat SPRM kerana tender

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.

Mantan timbalan pengarah Jakim sertai PAS

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS.

Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat.

Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini,  Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.

Tan Sri Khalid tak tahu berpolitik?

Budaya politik di Malaysia, termasuk di Selangor, memang unik, banyak sekali ironis dan tak masuk akalnya. Dahulu, insan seperti Dr. Khir Toyo yang asalnya seorang doktor gigi tidak semena-mena menjadi orang yang sangat penting dan amat kaya dalam arena politik Malaysia khususnya dalam politik Selangor.

Siapa Khir Toyo

Manusia bernama Khir Toyo ini datangnya entah dari mana, kliniknya pun ramai orang tak tahu. Namun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dengan beraninya telah melonjakkan ‘budak mentah’ ini ke jawatan paling penting dan panas sekali. Perlantikan itu sekali gus membuang jauh-jauh nama-nama ahli politik yang kanan pada ketika itu.

Tak kata hangpa, tapi mengapa terasa

Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid (gambar) di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

Siasatlah 25 jam sehari

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu pihak berkuasa boleh menyiasat bila-bila masa isu dakwaan penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

Beliau yang ditemui di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini turut menyatakan siasatan tersebut boleh dilakukan 25 jam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.

"Kita sedia disiasat dan saya berikan 25 jam ruang waktu untuk mereka siasat walaupun kita ada 24 jam tapi 25 jam saya bagi.

26 June 2012

Tak sah kalau tak menipu

NONEPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa prospektus Felda Global Ventures Holdings (FGVH) "menipu" kerana menyenaraikan tanah Felda di negeri Pakatan Rakyat sebagai aset bagi tujuan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, negeri Pakatan khususnya Kelantan tidak pernah menyerahkan tanah untuk proses penyenaraian dan dinyatakan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.

"Kenapa (ia) ditulis dalam prospektus ini? (FGVH) mengakui tanah itu aset dia, tapi kerajaan negeri tak bagi," kata pemimpin NGO yang dekat dengan Pakatan itu.

Bagaikan sireh pulang ke ganggang

BUTTERWORTH: Bak kata perpatah 'bagaikan sireh pulang ke gangang' itulah perumpamanya yang boleh digarapkan bila melihat kira-kira 10,000 ahli dan penyokong PAS membanjiri Padang Haji Ahmad Badawi iaitu tempat di mana PAS mula ditubuhkan tahun 1951.

Bezanya dulu perhimpunan para ulamak dan pemikir Islam tetapi setelah 61 tahun perhimpunan besar PAS berulang kembali di tempat asal penubuhanya setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat.

Jangan takut dan ragu - Jom tukar

Veteran Umno yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar berkata ahli-ahli Umno tidak perlu takut untuk meninggalkan parti itu kerana pimpinan parti itu telah lari dari matlamat asal perjuangan mereka.

Berucap di program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis 22 Jun lalu, beliau berkata Umno ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat tetapi selepas lebih 54 tahun Umno dan BN memerintah negara ini, rakyat telah diperkotak-katikkan, ditipu dan diperbodohkan.

Bro..! Nak berdebat atau tidak?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin berdebat dengannya atau tidak.

Anwar berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa debat bukan satu budaya juga merupakan helah untuk mengelak daripada berdebat dengan beliau.

RM3 Billion. Penafian Datuk Razak Idris

Serba tak kena dan serba tak jadi UMNO kali ini. Setiap fitnah yang dibuat memakan diri. Skrip drama tak cukup berkualiti. Walau pun pada mulanya pengarah begitu syok sendiri.

Apa nak buat kalau terkantoi begini. Malu. Malu sungguh.

25 June 2012

UMNO tak perlulah mengurat PAS

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan sesekali termakan pujuk rayu Umno yang dilihat cuba 'mengurat' PAS apabila mereka kini dalam keadaan sangat lemah.

Sebaliknya, PAS akan tetap bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi berjuang menentang ketidakadilan yang dilakukan pemerintah negara ini.

Menurut beliau, walaupun Umno itu parti Melayu, tetapi PAS tetap menentangnya kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan mereka sejak 54 tahun memerintah.

Ummi Hafilda Tipu Lagi

Oleh SHARILFUDDIN SAARI dan AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd. 

Ditahan Polis kerana nak jumpa PM

Seorang siswa Universiti Malaysia ditahan untuk siatatan polis hari ini sebelum satu program dialog antara pelajar dan perdana menteri diadakan di kampus tersebut.

Koh Cher Hao, seorang siswa jurusan sains sukan, didekati polis berpakaian preman ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor.

Kataya, polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka dan kemudian meminta beliau mengikuti mereka keluar.

24 June 2012

Mat Sabu akan jadi orang kaya

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu. 

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.
Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

23 June 2012

Tahniah Datuk kerana 'menang' anugerah seksis

Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Datuk dan Janda Muda

berudu
Seorang datuk berumur 85 tahun pegi klinik untuk buat 'medical check up'. kerana usia sudah lanjut, pengambilan sampel sperma adalah penting utk menentukan tahap kesihatan si datuk.

Doktor: Aki...ambil BOTOL ini dan bawa sampel sperma anda esok pagi OK??


Aki :  ... Alrite!! 

Keesokan pagi...si datuk berjumpa dengan doktor itu dan..

Belalai Gajah


22 June 2012

Oppss! Bini menteri kasi warning.

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Ada rahsia kes pindah wang Tabung Haji?

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar beranggapan ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan berhubung isu pemindahan wang ke akaun Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail.

Ia berikutan persoalan yang dibangkitkan beliau masih tidak dijawab secara terperinci, biarpun berulang-kali didesak berbuat demikian.

"Semalam, saya membangkitkan isu ini dengan menjelaskan butirannya, dan hari ini jawapan tersebut sudah ada di meja saya. 

"Namun, masih tiada jawapan yang jelas mengenainya," kata beliau pada sidang media, di Dewan Rakyat, petang tadi.

Citer bangunan runtuh jer di Terengganu.

PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam pembinaan yang runtuh petang tadi.

Apa dah jadi, Rafizi lepaskan jawatan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat.

Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik".

"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Kenyataan Dr. Che Rosli Che Mat dimanipulasi media.

Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik.

Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab.

Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar.

21 June 2012

Lu sudah boleh cabar di mahkamah

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim untuk mencabar keputusan universiti tersebut yang menggantung pengajiannya selama tiga semester.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Abang Iskandar Abang Hashim membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujah peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor secara tertutup dalam kamar.

20 June 2012

Prof, jangan malukan ahli akademik

Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya.

“Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah.

'Orang Harapan' Negara

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuatkuasa 24 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012. 

 Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengingatkan kepada Ali bahawa amanah perlantikan itu adalah satu pertanggungjawaban yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah Taala di akhirat nanti.

Gantung sementara jer

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang untuk mencabar keputusan mengekalkan keanggotaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad ( KPF ).
Ini ekoran hakim mendapati tindakan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang memutuskan keanggotaan Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF.

Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim juga membenarkan permohonan sebelah pihak lima peneroka tersebut bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay) bagi menggantung status keahlian dan juga pemilihan Isa Samad sebagai anggota Lembaga KPF atau Pengerusi KPF bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan esok.

Awas! Sindrom ini sangat merbahaya

Orang kampung memanggilnya sindrom “bodoh bertimpa-timpa” atau dikenali dengan nama manjanya BBT. Kita masih gagal menemui nama saintifik bagi penyakit minda politik ini yang mudah ditemui dalam kelompok tegar kepimpinan tinggi United Malays National Organisation.

Dalam beberapa hari lalu dilaporkan bahawa minda BBT ini telah menyebabkan kabinet membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN kepada dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri Selangor; Universiti Selangor (UNISEL) dan juga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Alasan yang diberikan amat menggelikan hati: mahu menguji idea yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru-baru ini berjanji akan memansuhkan pinjaman PTPTN serta memberi pendidikan tinggi percuma.

Jangkitan awal BBT

Mahkamah sahkan Nallakarupan memfitnah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa  Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
   
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.
   
Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar gantirugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Sorry LGBT

Timbalan menteri hal ehwal agama Datuk Mashitah Ibrahim berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang melindungi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau gaya hidup mereka daripada tindakan kerajaan.

Katanya, Perkara 8 Klausa 1 dan 2 dalam Perlembagaan mendefinisikan gender berdasarkan seseorang itu lelaki atau wanita dan bukannya berdasarkan jantina yang disukai oleh seseorang individu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) di Dewan Rakyat hari ini.

19 June 2012

BN PP bersatu hati bersama Pakatan Rakyat

BN Pulau Pinang nampaknya sekata dengan Pakatan Rakyat berhubung isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kepada tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

DAP baru-baru ini melancarkan kempen mendesak supaya pelabuhan itu dikembalikan kepada penduduk Pulau Pinang selepas kerajaan mengesahkan bahawa Syed Mokhtar (kanan) memenangi bidaan untuk pengswataannya.

Pemimpin Berjaya Perlu Beri Hak Rakyat

Dengar apa Dato' Seri Syahidan Kasim kata.

Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak meninggal dunia

Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pagi ini, selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 9 pagi ini, menurut anak saudara allahyarham, Saiful Azman Mokhtar Affendi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.

Malam ini debat Salehuddin Ayub VS Datuk Saifuddin


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dalam Debat Sinar Harian, jam sembilan malam ini.
Debat bertajuk Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi akan berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah Alam.

18 June 2012

Tidak ada bayaran - Abby Abadi

Selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.

Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama Gerak Khas, berkata ini disebabkan beliau perhatikan sendiri dalam ceramah-ceramah PAS ahli-ahlinya yang menyumbangkan derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti diamalkan oleh sesetengah parti politik.

Peneroka cabar Isa Samad

Satu semakan kehakiman difailkan ke atas keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membenarkan pelantikan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai ahli lembaga dan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Semakan kehakima yang difailkan empat peneroka Felda - Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Nor Atan - menamakan KPF, SKM dan satu jawatankuasa suruhanjaya sebagai responden dalam permohonan berkenaan.

Permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bagi menyemak semula keputusan SKM yang membenarkan Isa dilantik ke dalam KPF, walaupun mengetahui bahawa pelantikan tersebut tidak sah.

Simbol Calon bebas membahayakan pengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meneliti simbol bagi calon Bebas dan mendapati mendapati ada yang perlu digugur atu diganti selaras dengan perkembangan semasa.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  berkata, misalnya simbol gunting ditukar kepada pen kerana SPR berpendapat ia tidak sesuai kerana boleh menjadi senjata.
Manakala simbol kepala harimau ditukar dengan kucing, kerana harimau binatang yang ganas," tambahnya

Ustaz jodoh Abby Abadi

Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz  Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

SKANDAL IC PROJEK TERBARU?

Saudara Pengarang, SAYA, Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah. Siasatan saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia. 

17 June 2012

Gua sahut cabaran Lu. Lu kasi bukti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersedia mendedahkan 'lebih banyak' rakaman video membabitkan 'penglibatan' Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim dengan isu 'pembelian' ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata pihaknya memang merancang untuk mendedahkan baki rakaman video terbabit, termasuk seorang lagi 'agen' yang turut wujud dalam rakaman tersebut.

"Tiada masalah, kita memang ada rancangan untuk mendedahkan keseluruhan rakaman tersebut.  Malah, kita juga akan dedahkan tentang seorang lagi yang ada dalam video tersebut," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Hebatnya Ummi Hafilda.

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia hari ini, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu.

Ummi berkata, beliau menyerahkan dokumen tersebut susulan dakwaan bahawa beliau menyimpan bukti tersebut, seperti dilaporkan.

Pembangkang kuat cemburu?

16 June 2012

Tokoh Politik Malaysia di Sepina Perancis?

Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

ROS buat kerja atau buat apa?

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.

Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.
 

"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.

15 June 2012

Rakyat dan Pemimpin: Antara Dua Darjat

Kerajaan menganggap kenaikan tol 5% selepas 2015 amat sedikit tidak akan membebankan rakyat, padahal yang tidak terjejas adalah pemimpin BN kerana kehidupan mewah melampau yang mereka miliki selama ini.

Justeru, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS DPPM) merasa kesal kerana kerajaan tidak berusaha mengurangkan beban pengguna lebuh raya di negara ini dengan mengurangkan kadar tol, apatah lagi untuk menghapuskan tol di negara ini.

“LPAS DPPM mendapati, dalam perjanjian Konsesi Tambahan PLUS yang dimuktamadkan pada November 2011, kenaikan kadar tol akan tetap berlaku selepas tahun 2015 dengan kenaikan sebanyak 5% untuk setiap 3 tahun sehingga ke 31 Disember 2038,” ujar ketuanya, Mohd Firdaus Jaafar.