Mohon klik iklan 1X yer

31 March 2012

Zizan Raja Lawak - Orang Malaysia tidak bodoh

Kontroversi lagu duet Zizan Raja Lawak dan Kaka, Bawaku Pergi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Zizan dikatakan sudah menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semalam yang mahu lagu itu dihentikan sementara siarannya.
Zizan atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut.
Katanya: “Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.”
Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpurpada Rabu lepas.

Khaled Nordin nasihatkan mahasiswa undi Pakatan Rakyat

NONEMenteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menasihatkan mahasiswa yang menyokong pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak mengambil jalan lain selain peti undi.

Beliau mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14 April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.

Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam. Apa Respon Anda?

Pekeliling Gaji Baru SSM 2012 Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam. Respon Anda?
Bermula sekitar 8 malam tadi, beberapa kandungan di laman web JPA berkenaan dengan SSM telah mula kelihatan dan sekitar seawal pukul 11 malam pula, pekeliling perkhidmatan bagi gaji baru SSM 2012 telah mula dimuat naik dan kelihatan di laman JPA.
Ya…seperti yang dijanjikan. Adakah penantikan dan kesabaran kakitangan awam sebelum ini dilihat berbaloi? Sama-sama kita perhatikan….


Proton Preve. 5 Gambar Ekslusif Sebelum Hari Pelancaran!!

Model Proton Preve (Gambar) Proton Preve. 5 Gambar Ekslusif Sebelum Hari Pelancaran!!
Jikalau sebelum ini ramai kalangan yang sudah sedia maklum yang mana model baru Proton 2012 bakal digelar Proton Preve. Kali ini kami ingin kongsikan lagi beberapa keping gambar ekslusif Proton Preve ini.

Menteri hina mahasiswa?

muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 01Kumpulan mahasiswa menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menolak tuntunan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai menghina keintelektualan mahasiswa dan ahli akademik.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan.

"Itu bukannya suatu benda yang tidak boleh dibuat... RM6.1 bilion, (berbanding) dengan ketirisan puluhan bilion. Takkan kerajaan tidak boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

30 March 2012

Memang hantu dalam daftar SPR

hulu selangor by-election voting day 250410 voting 02Audit bebas yang dijalankan kumpulan NGO terhadap daftar pemilih yang dikritik hebat pembangkang mendapati wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah. Antara 92 peratus yang mempunyai alamat sah, sebanyak 74 peratus tidak dikenali berbanding 31 peratus yang dikenali dan tinggal di alamat masing-masing.

Alamat yang tidak diketahui dikesan paling tinggi di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, menurut NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre.

Hampeh! Penari lucah hanya didenda RM25

Pemuda PAS terkejut dan kesal dengan keputusan tiga wanita yang bersalah berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang hanya didenda RM25 sahaja sedangkan imam yang dituduh menghina mahkamah di penjara setahun.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor secara menyindir menyifatkan hukuman itu sebagai "definisi keadilan Islam sebenar" menurut perspektif penguasa hari ini.

"Pemuda PAS merasa terkejut dengan hukuman ini kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat.

"Perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar di sisi Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir," katanya.

Peneroka degil berarak ke pejabat PM

NONE
Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Perhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.

29 March 2012

Peguam Negara tak siasat, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.

Ini ler anak komunis

NONE"Pagi buta, kira-kira 2 pagi. Saya sedang tidur sebelum kami terdengar bunyi kuat di pagar," kata wartawan kanan Nuraina Samad, sambil merenung jauh, seolah kembali kepada zaman anak kampus 20 tahun lalu.

Dengan tanda tanya, abang yang tuanya keluar dan mendapati anggota polis Cawangan Khas yang mahu masuk dan menggeledah bilik bapanya.

"Saya masih ingat, seorang daripada mereka mengambil buku karangan (pemenang hadiah nobel sastera) Pearl S Buck. Saya masih ingat, ketika itu saya berfikir-fikir, 'kenapa dia ambil buku itu?'" kata editor pengurusan di New Straits Times yang pemalu dengan kamera itu.

Adakah Ketaksuban Terhadap Kebendaan Lahirkan Penjenayah?

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melabelkan ketaksuban terhadap kebendaan dalam kalangan masyarakat merupakan satu daripada elemen yang melahirkan penjenayah.

Beliau berkata memiliki rumah lebih besar, kereta mahal, kerjaya yang mempunyai masa depan cerah, dan mempunyai banyak wang merupakan antara benda yang paling diimpikan, yang tanpanya seseorang itu akan dilabelkan sebagai "kurang berjaya" dalam masyarakat.


"Namun, adakah semua orang mempunyai daya dan upaya untuk mencapai semua itu? Sesetengahnya ya dan sesetengahnya tidak! Apa akan berlaku kepada mereka yang tidak ada daya dan upaya untuk mencapai semua itu?" katanya kepada Bernama.

Hutang negara RM456.1b, melonjak hampir 100%

Ketika kerajaan menanggung beban hutang sebanyak RM456.1 bilion, kerajaan juga begitu bermurah hati melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta.

Dengan beban hutang yang meningkat hampir 100 peratus itu juga, kerajaan tidak teragak-agak menambah beban dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion ketika membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.

Maksiat hotel bajet saja diserbu

~ Syed Abdullah Jamalullail

Syabas kepada pegawai penguatkuasa anti maksiat daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Wlayah Perseketuan yang kerap kali membuat operasi ke hotel-hotel dan tempat-tempat rekreasi yang lain untuk mencekup mereka yang melakukan khalwat ataupun penzinaan yang terkutuk itu dan begitu juga pusat-pusat pelancuran dan rumah urut.

Walaupun begitu diperhatikan pusat-pusat dan tempat maksiat serta berlakunya penzinaan haram di bilik-bilik hotel dan di kawasan taman perumahan nampaknya menjadi-jadi dan bukannya semakin berkurangan dan apakah puncanya solah-olah kebanyakkan umat Islam di negara ini mencabar kewibawaan jabatan agama iu sendiri sehingga tidak merasa gerun di hati mereka kepada hukuman yang menanti itu nanti.

Robert Kuok beli ladang sawit Tabung Haji di Riau?

Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.

"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.

Semak semula Akta Mahkamah Syariah

Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Sokong Syariah (Gesa) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut supaya Parlimen menyemak semula Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak - 1988). Akta ini yang terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia membantutkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Malah ia bertaraf jauh lebih rendah dari undang-undang sivil.

Mengikut bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah yang sedia ada, di bawah undang-undang negeri, undang-undang tersebut hanya terpakai  ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam.

Akan tetapi ia terikat dengan syarat tidak boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau, denda melebihi lima ribu ringgit atau, sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Phahrolrazi tidak dilantik?

NONETimbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini beliau masih belum menerima apa-apa surat berhubung pelantikan semula sebagai exco kerajaan negeri selepas tempohnya tamat secara rasmi pada 7 Mac lalu.

"Saya belum terima surat memaklumkan lantikan dan angkat sumpah (sebagai exco) setakat ini.

"Jadi, belum ada apa-apa kenyataan yang boleh saya buat. Terima kasih," katanya menjawab soalan Malaysiakini melalui satu kiriman SMS semalam.

28 March 2012

Ayah Pin muncul lagi dari langit

sky kingdom 040805 walking inKawasan perkampungan 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.

Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di 'perkampungan langit' itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah rumah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah rumah sekarang, lapor Berita Harian.

"Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

Wanita UMNO bela pijat penghisap darah

NONEBekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.

"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.

Lynas mesti dapat kebenaran hantar balik sisa ke Australia

Kerajaan Malaysia tegas dengan syaratnya supaya Lynas Corporation (Lynas Corp) mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk menghantar sisa dari kilang nader buminya di Kuantan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
  
Setakat ini, katanya, Australia belum menghubungi Malaysia secara formal sama ada berhasrat untuk menolak sisa berkenaan dari loji tersebut.
  
"Kita telah meletakkan syarat. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka perlu mencari tempat lain untuk membuang sisa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
 

BN dan Pakatan Rakyat Bekerjasama

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.

Kesilapan manusia hanya alasan

Tindakan Malaysia - kumpulan terbaru reformasi pilihan raya - hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berulang kali menggunakan "kesilapan manusia" sebagai alasan untuk menjelaskan kesilapan dalam daftar pemilih.

Menurutnya, bagi dokumen sepenting daftar pemilih yang boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya umum, maka semua kemasukan (nama pemilih) perlu diperiksa dua kali dan diluluskan oleh pegawai yang lebih kanan.

27 March 2012

Tunjuk kemaluan depan jiran

TELUK INTAN - Seorang lelaki hilang pertimbangan dan bertindak berbogel sambil menunjukkan kemaluannya ke arah seorang gadis berusia 17 tahun, di Jalan Pendamar, di sini.
Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang juga jiran lelaki itu dikatakan sedang mencuci pakaian di rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Menurutnya, gara-gara terdengar bunyi seakan-akan kucing, mangsa bertindak mencari arah bunyi itu sebelum ternampak seorang lelaki berbogel sambil menunjukkan kemaluan ke arahnya.

26 March 2012

YB ditangkap di pusat hiburan

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi kelmarin.


Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 
2.40 pagi.

Ali Rustam sila dedahkan ADUN diperiksa polis

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.

Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.

"Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.

M Daud Kilau bersyukur

Senyumlah, Senyumlah, Ahai Cik Mek Molek... Masih ingatkah bait-bait lagu ini? Umum mengetahui, ia adalah dendangan raja gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau. Sebut sahaja nama itu, pasti ramai yang dapat bayangkan gelekan dan tarian pemilik nama sebenar, Muhammad Daud Kilau, ini.
 
Yang pasti, sehingga kini, tiada siapa yang mampu menandingi dan menggantikan posisinya. Walaupun usianya sudah hampir mencecah 74 tahun, namun tawaran persembahan masih mencurah-curah. Tidak menyangka rezekinya masih ada, beliau melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

Tanah Melayu dijual di Gombak

Resam Umno BN apabila memegang kuasa sesebuah negeri, pastinya ada tanah rizab Melayu dijadikan harta sendiri dengan menjualnya sesuka hati.Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam ucapan pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, mendedahkan penyelewengan melibatkan tanah rizab Melayu di kawasannya.“Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu kes kerakusan Umno di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang.

25 March 2012

Tudung Inggeris dengan Tudung Arab

Gelora yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar... umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.
Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-raung temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakut kerana ia menjelang pilihan raya.

Hassan Ali betul

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbelanjaan pengubahsuaian pejabat exco agama sebelum ini Datuk Dr Hasan Ali bernilai RM300,000 - yang didakwa sebagai pembaziran - dibuat mengikut tata cara perbendaharaan.

Justeru, katanya, tiada tindakan akan diambil kepada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu yang kini memimpin NGO baru Jalur Tiga (JATI), lapor Sinar Harian.

"Kita amalkan polisi ketelusan umpamanya saya kena bentangkan perbelanjaan dan penggunaan dalam Selangor, sudah tentulah orang boleh bangkitkan atau nyatakan apabila mereka lihat nilai tersebut," beliau dipetik sebagai berkata selepas merasmikan Muzium Insitut Jugra, di Kuala Langat, semalam.

Ramli Yusuff kecewa kerajaan tolak Tribunal

Tindakan kerajaan menolak penubuhan tribunal bagi menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis Tan Sri Musa Hasan dalam dakwaan skandal 'copgate'.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, pihak polis, dan kemungkinan tentara juga akan terus bekerja dalam ketakutan ekoran sesetengah pihak dilindungi oleh individu berkuasa.

"Pihak polis dan tentera sepatutnya neutral dan mengambil berat keselamatan negara tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Mereka kini berfikir dua kali untuk membuat keputusan atau menggunakan budi bicara walaupun arahannya datang daripada pihak atasan.

Projek Lynas akan diteruskan

Jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi menyiasat keselamatan kilang nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan hanya bertujuan mengetepikan kritikan demi kritikan sehingga pilihan raya umum akan datang, dakwa anggota parlimen PKR.

NONEWakil rakyat Kuantan Fuziah Salleh memberi amaran, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat mandat baru kelak, projek yang bertentangan dengan hasrat rakyat itu akan diteruskan.

"Apabila beliau kembali ke tampuk kuasa selepas pilihan raya umum, beliau boleh memberikan jalan kepada Lynas beroperasi walaupun telah melihat betapa rakyat membantahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan juga didakwa cuba menangguhkan masa supaya usaha di masa depan untuk membatalkan projek itu akan terhalang dengan peningkatan kos pampasan yang dijangka meningkat.

24 March 2012

Al Quran jadi contengan.

Quran Logo 1Malaysia Huruf Alif Dalam Ayat Quran Ganti Logo 1Malaysia?
Kami tak pasti apa tujuan & motif memaparkan ayat Quran yang mahu disertakan sekali dengan logo 1Malaysia merujuk kepada gambar di atas. Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.

Ayat Al-Quran ini telah dikesan berada di sebuah surau Al-Badar yang terletak di kawasan Lembah Pantai.

Kami tidak mahu menyentuh hukumnya, kami pulangkan persoalan ini kepada golongan ahli agama untuk menjawab persoalan yang berlegar di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Takut sekatan Amerika - Malaysia Akan Hentikan Import Minyak Iran

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Menurut laporan itu, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini.

-- BERNAMA

Tribunal tidak akan ditubuhkan - kata PM

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang didakwa memerangkap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Ramli Yusuf.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, perdana menteri berkata ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

"Tidak (akan ditubuhkan). Itu merupakan dakwaan. Dakwaan perlu disahkan," katanya.

Bertuahnya Tan Sri Tajudin Ramli

Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

23 March 2012

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je

Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja. Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab. "Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

CUEPACS mahu JPA segera keluarkan pekeliling gaji

CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

NONEPresiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.

Anak Menteri Serang Pengawal

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizAnak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Titah Raja Nazrin - Kuantiti tidak bermakna sekiranya kualiti dipertikaikan.

judges conference 090408 raja nazrinPertambahan dari segi kuantiti pengamal undang-undang di negara ini tidak bermakna sekiranya kualiti mereka semakin banyak diperkatakan, titah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah, sekiranya pengamal undang-undang gagal menangani cabaran, dugaan dan godaan secara bijak, reputasi mereka bukan sahaja boleh tercemar secara peribadi malah turut membawa aib terhadap profesion tersebut.

"Saudara saudari wajar mengambil iktibar akan kes salah laku yang melibatkan profesion peguam yang pernah berlaku. Amalkan segala nilai murni, etika dan peradaban yang telah diajar dan dipelajari selama ini.

"Etika amalan guaman berhubung perilaku dan ketrampilan seseorang peguam perlu dihayati, dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya, tidak sekadar dihafal bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan bagi memperolehi sekeping ijazah," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-17 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2011 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

21 March 2012

PANAS!!! KALI INI CHE DET HINA SAHIH BUKHARI & PEMILIKNYA

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.

2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.
3. Soalan :

i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?

Rayuan bantu pertahankan akidah anak

Usaha seorang saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan dengan kesukaran sekiranya hak ke atas penjagaan anak-anaknya ditolak mahkamah. Perkara itu bakal diputus Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 29 Mac ini.

Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini.

Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 37.Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K Patmanathan.

Hutang Negara 53% KDNK, sikit jer

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
~Malaysiakini

Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010
 
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini.

Guru tidak berupaya mendisiplinkan pelajar

Disiplin pelajar sekolah semakin merosot hari ini apabila para guru tidak berupaya membentuk disiplin mereka kerana dihadkan oleh Kementerian Pelajaran.

Ahli Parlimen Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) berkata, guru tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menghukum pelajar walapun mereka melakukan kesalahan.

"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh,"katanya dalam perbahasan menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong.

20 March 2012

Putarbelit Bernama

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) kecewa dengan laporan pihak Bernama yang telah memutar-belitkan kenyataan KMPP sepertimana yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 14/2/2012.

Kenyataan Presiden KMPP, Rahmad Isahak yang dibuat pada 13/2/2012 adalah lebih menjurus kepada halatuju politik serta ekonomi orang-orang melayu Pulau Pinang.

Pihak saya mencadangkan supaya 5 Exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dari Parti DAP dilantik dalam barisan Kerajaan Negeri.

Tanah Rizab Melayu: Menjawab fitnah Umno

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini Selasa 20 Mac 2012 (muka 10) berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu yang didakwa tergadai di Kelantan.

Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang teliti di dalam membangunkan negeri sehingga menyebabkan tanah rizab Melayu tergadai.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kenyataan Fatmi tersebut yang tidak disertakan dengan fakta sangatlah tidak tepat dengan hakikat yang sebenar.

Cerita Ghairah : Isteri yang dingin?

Nota : Artikel ni saya dapat dari fwd email seorang kawan.tidak disertakan link asal penulis…kalau sesapa yang tahu karya asal, kasitau saya ye.TQ

(Entry ini adalah untuk mereka yang dah berkahwin sahaja, soalan: apa nak buat jika isteri menolak untuk bersetubuh? Jawapan, lakukan ini,…, ha ha ha, dan ini…, ,…, ha ha ha, juga ini…, ,…, ha ha ha, dan juga ini…, woha!)
Suatu malam, ketika sedang menonton TV seorang diri, ada jugak babak babak yang biasa bagi korang, tapi aku dah rasa semacam.., rasa ‘air meleleh di telinga’.., dan apabila tiba waktu iklan, melihat babak babak dalam iklan, terutamanya iklan alat senaman, membuatkan aku rasa nak ‘bersenam’jugak, ni tak boleh jadi nih..,lalu aku tutup TV dan terus ke bilik tidur mengejutkan isteri untuk ajak ‘bersenam’.., bukan apa, teringat hadith Nabi yang aku lupa mantan dan perawinya yang memberitahu jika dalam perjalanan tiba tiba terlihat sesuatu yang terangsang, maka pulanglah kerumah dan bersetubuhlah bersama isteri.., begitu lebih kurang maksud.., wallahulam. 

Siapa meminggirkan Melayu?


Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini? Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif? Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

Kenapa pula dengan adanya Umno yang mendakwa dirinya jaguh Melayu, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka? Selain daripada itu, ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya.

19 March 2012

Nampak tak, Najib sebenarnya lemah

Persetujuan kabinet untuk mewujudkan jawatankuasa khas mengenai Lynas (PSC) menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gambang, Pahang itu bermasalah.

Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar.

Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula.

KELATE DARUL MISKIN

(FB) King Jason : AMBO ANOK KELATE DARUL MISKIN.....

Di negeri miskin itulah, Jual beli dihentikan bila azan berkumandang,
Di negeri miskin itulah, Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu,
... Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains,
Di negeri miskin itulah, Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba,
Di negeri miskin itulah, Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa,
Di negeri miskin itulah, Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama,
Di negeri miskin itulah, Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari,
Di negeri miskin itulah, Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah,
Di negeri miskin itulah, Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan,
Di negeri miskin itulah, Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan,
Di negeri miskin itulah, Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami,
Di negeri miskin itulah, Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan,
Di negeri miskin itulah, Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan,
Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan,
Di negeri miskin itulah,
Ramai org mula mengenal tuhan,
Di negeri miskin itulah lahirnya tokoh2 islam terkenal,

Di negeri saya dilahirkan dan dibesarkan.
i ♥ kelate darul miskin


18 March 2012

Wanita pun buat tuntutan.

Kira-kira 2,000 wanita berpakaian ungu berhimpun di Padang Astaka, dekat sini petang tadi bagi menyuarakan enam tuntutan mereka ke arah kerajaan yang bersih.

Menggelarkan diri mereka Wanita Suara Perubahan, himpunan siang tadi menghimpunkan wanita daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan mula berarak jam 2.30 petang iaitu dari Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 dan Tasik Taman Jaya, Seksyen 10 sebelum berkumpul di Padang Astaka.

Anwar Ibrahim Penakut

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin dari senarai peserta forum itu.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinMuhyiddin berkata, keengganan Ketua Pembangkang untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.

"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya.

Kerajaan membela bumiputera

NONEKerajaan tidak lagi mampu melakukan kesilapan dalam melaksanakan agenda membela ekonomi Bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini, katanya, adalah kerana terdapat kurang daripada sepuluh tahun sebelum cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, berakhir.

"Dasar itu adalah betul tetapi pelaksanaan tidak berhasil. Disebabkan kekangan masa, kita tidak boleh mengulangi (kesilapan) lagi. Menjelang 2020, rakyat akan bertanya di mana kita sekarang.

"Kali terakhir apabila kita melakukan kesilapan, kita boleh mengkaji semula, tetapi kali ini masa tidak di pihak kita, kali ini kita mesti pastikan ia dilaklsanakan dengan betul," kata Najib semasa perjumpaan dengan pesara kakitangan awam di Shah Alam hari ini.Beliau berkata polisi kerajaan dalam membantu Bumiputera sudah betul tetapi ada yang tidak kena daripada segi pelaksanaannya.