Mohon klik iklan 1X yer

28 February 2012

SBPA :Pengumuman Ditunda 19 Mac

Pekerja-pekerja kakitangan awam terpaksa menambah seminggu lagi waktu menunggu mereka berkiatan pengumuman penting yang akan disampai Najib. Sebelum ini pengumuman untuk kakitangan awam akan diumumkan pada 12 Mac, kini ditunda 19 Mac 2008.
CIVIL SERVANTS’ GATHERING ON MARCH 19
PETALING JAYA: The gathering of civil servants where the Prime Minister is expected to announce the Government’s decision on the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) has been postponed to March 19.
Cuepacs president Datuk Omar Osman said the gathering, organised by the congress, has been pushed back to a later date as Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak could not make it on March 12, the initial date.
He added that Cuepacs would discuss with officers from Najib’s office today about the programme for the gathering.
Omar said yesterday that the Prime Minister might announce the Government’s response to their proposed review of SBPA, including reviewing the maximum salary scale and the grade structures as well as the salary increase of between 7% and 13% at the gathering.
“About 15,000 civil servants are expected to turn up for the event at Stadium Putra, Bukit Jalil,” he said.
On Feb 23, it was reported in a Malay daily that nine senior officers from Cuepacs met the Prime Minister to convey the feedback they received after travelling around the country.
Cuepacs had voiced its disapproval pertaining to the implementation of SPBA, originally due on Jan 1, leading to the setting up of a special task force to recommend changes to the scheme.
Semakin ditunda semakin cerahlah apa yang diminta Cuepacs atau semakin ditunda semakin malap. Mungkin juga nak menghampirkan dengan tarikh PRU-13. Kakitangan awam juga berpengaruh besar dalam PRU, sebab itu DS Najib lebih berhati-hati.

27 February 2012

Kesamaan sosiobudaya galak pelacur China ke M'sia

prostitution, desa mentari, police raid
Polis mendapati faktor bahasa dan pemakanan yang tidak jauh berbeza antara negara China dan Malaysia menjadi punca lambakan pelacur warga China menjadikan negara ini sebagai destinasi kerjaya maksiat "freelance" mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pelacur warga Republik China juga lebih selesa dengan suasana iklim di negara ini kerana tidak jauh berbeza keadaannya daripada negara mereka, terutama di bahagian selatan China.

Beliau berkata pelacur warga China itu bertutur dalam Mandarin dan ini memudahkan mereka untuk bergaul dengan masyarakat Cina di negara ini serta makanan di negara ini juga hampir sama dengan tempat asal mereka.

26 February 2012

Kelab UMNO Luar Negara Telah Belot


Malam tadi adalah malam terakhir bagi program kedah sejahtera anjuran PAS kawasan Pokok Sena yang mana penceramah undangan ialah YB Dato' Hj Mahfuz Omar dan YB Anwar Ibrahim. Jangkaan kehadiran mencecah belasan ribu walaupun tempat yang terhad. Memandangkan YB Anwar Ibrahim tidak dapat hadir kerana atas program yang lebih mustahak, tempat beliau telah dapat diganti oleh YB Amiruddin Hamzah (EXCO Kerajaan Negeri Kedah) dan juga Ustaz Idris Ahmad.

Apa yang diperolehi daripada pendedahan oleh YB Mahfuz mengenai sokongan padu yang telah diberikan oleh Pengerusi Kelab UMNO Manchester bersama-sama pegawai-pegawai kelab tersebut. Hasil lawatan YB Mahfuz bersama beberapa pemuda di London baru-baru ini telah berjumpa dengan Pengerusi Kelab UMNO disana. Mereka ini sebenarnya banyak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat secara senyap dan mengharapkan agar kerajaan pusat dapat bertukar tangan.


Siaran Langsung program Dan pendedahan tersebut boleh di layari Disini

Diharapkan seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum, berbilang bangsa, dan juga seluruh pertubuhan dan kelab dalam negara mahupun luar negara dapat bersama-sama menjatuhkan kerajaan pusat yang ada sekarang. Belot bukan untuk menjatuhkan negara tapi untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Durjana - Siasahkini

Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?


Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang?

Kredit gambar : puadede.com

25 February 2012

Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012?



semakan gaji sbpa Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??


Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusansemakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……


Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :

  • Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri)
  • Datuk Omar Osman (Presiden Cuepecs)
  • dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara)

Akhirnya, Datuk Najib memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.

Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.
semakan gaji sbpa 2012 Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??
Bagaimana adil dan saksamanya semakan gaji SBPA 2012 ini? Sama-sama nantikan pengumuman “emas” daripada Datuk Najib.

Sumber : ~ Berita semasa

24 February 2012

Tun Dr Mahathir berbalas surat dengan Israel

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.

mahathir ebook launching 091211 04Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.

"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Ipoh, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel.

23 February 2012

Cadangan Gaji SBPA Baru Cuepacs : Kenaikan Gaji RM700 – RM2,500 Bagi Gred 1 – Gred 54



cadangan gaji sbpa baru Cadangan Gaji SBPA Baru Cuepacs : Kenaikan Gaji RM700   RM2,500 Bagi Gred 1   Gred 54
Nampaknya keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya….
Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :

Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?


Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman?

Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan ‘jihad perkauman’ yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?

Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?

Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.

Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut;

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

20 February 2012

Ridhuan Tee bidas pemimpin tak urus keluarga cara Islam

NONEProfesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang kecewa dengan pemimpin sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam mempersoalkan bagaimana mereka mampu mentadbir negara jika rumah tangga sendiri tidak terurus.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

Tanpa merujuk sama ada tokoh berkenaan dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, Ridhuan Tee, sebagai berkata mereka itu tidak boleh dijadikan sebagai model peranan atau ‘role model’ kepada generasi akan datang.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, ulasan cendekiawan Islam itu dipercaya merujuk kepada isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Rzak, - Datin Seri Rosmah Mansor yang seringkali dibidas kerana tidak bertudung kepala meskipun pasangan itu telah menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

19 February 2012

Keputusan BR1M bukan di tangan wakil rakyat

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata kelulusan atau penolakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan ditentukan oleh wakil rakyat atau pegawai daerah.

Oleh itu, pemohon yang gagal tidak sepatutnya menyalahkan atau memarahi mereka, katanya pada majlis bertemu rakyat dan upacara memasuki rumah baru di rumah panjang Barak Gadom di Nyalak Ili sebanyak 27 unit di Pakan, Sarawak malam tadi.

NONEKata beliau antara sebab utama sesuatu permohonan itu ditolak ialah kesilapan pemohon dalam mengisi borang.

Salang berkata setiap wakil rakyat BN  bertanggungjawab menjaga kebajikan semua penduduk di kawasan yang mereka wakili, tanpa mengira fahaman politik.

"Dia tidak boleh mengutamakan anggota BN sahaja dalam pengagihan sesuatu bantuan atau geran. Walaupun ada anggota parti yang tidak berpuas hati dengan perkara ini, tapi saya harap mereka akan sedar bahawa kerajaan BN adalah kerajaan untuk semua rakyat," katanya.

- Bernama

18 February 2012

Jangan Laga Saya : Nik Aziz

KOTA BHARU – Terserah kepada kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai isu sokongan terhadap Israel, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya akan dengar jawapan daripada dia (Anwar), tapi saya tak akan jawab. Saya serah kepada dia sendiri untuk menjelaskan kerana saya mahu mengelak wartawan melaga-lagakan saya dengan dia.

“Soal dia nak pertahan kenyataan dia menyokong Israel itu dia punya pasal, kenyataan saya sebagai mewakili Pas dan dia mewakili PKR,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Merealisasikan Amar Maaruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Kelantan di sini, semalam. Mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang itu salah faham kenyataan Pas berhubung isu tersebut, katanya, itu tak menjadi masalah.

16 February 2012

Umno kuatkan 'kuasa ketiga' untuk tawan Selangor

Kuasa ketiga, ruang dan suara yang lebih bebas pada mulanya digerakkan untuk mengimbangi kuasa Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ekoran pertembungan sengit kedua-dua kumpulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Kini, Umno kelihatan dapat memanfaatkan suara yang agak bebas daripada pengaruh politik parti ini untuk kepentingan mereka.

Satu misi utama Umno kini ialah menawan kembali Selangor, yang dirampas PR selepas kekalahan mengejut dan memalukan Umno yang menguasai negeri itu.

Dua individu yang bebas daripada parti politik kini menjadi tumpuan utama dalam siri tindakan yang berpotensi menjejaskan PR di Selangor; bekas exco negeri Datuk Dr Hasan Ali dan pengendali blog Raja Petra Kamaruddin.

15 February 2012

Forex Adalah Haram

KOTA BAHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. 
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.